
Artikel
Ppn Covid 19 Op Benteng Posting Pilihan Pga Sarawak 359 Serbuan Babitkan Rampasan Rm47 39 Juta Tahun Ini
Kuching, 28 Oktober 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak merekodkan 359 serbuan dan 1,217 tangkapan serta pengusiran membabitkan rampasan barang bernilai RM...
Kuching, 28 Oktober 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak merekodkan 359 serbuan dan 1,217 tangkapan serta pengusiran membabitkan rampasan barang bernilai RM47.39 juta bagi tempoh Januari hingga 27 Oktober tahun ini.
Komander Briged Sarawak PGA, SAC Tuan Saini Bongkek berkata, seramai 211 daripada yang ditangkap merupakan warga tempatan terdiri daripada 186 lelaki serta 25 wanita dan 265 lagi merupakan warga asing terdiri daripada 223 lelaki dan 42 wanita.
Manakala jumlah pengusiran adalah membabitkan seramai 741 warga asing yang terdiri daripada 613 lelaki dan 128 wanita serta kanak-kanak dan kesemuanya merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia dan Filipina.
"Sementara pecahan nilai rampasan pula adalah RM24.9 juta rokok seludup, kenderaan (RM15.8 juta); dadah (RM1.7 juta); arak dan minuman keras (RM1.7 juta); minyak diesel (RM653,927); kayu balak (RM87,985); hidupan dan tumbuhan dilindungi (RM267,600); mercun (RM148,772); wang tunai cubaan rasuah (RM5,000) dan lain-lain rampasan bernilai RM2.8 juta.
"Kesemua tangkapan dan rampasan disiasat di bawah Akta Imigresen 1963, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran, (ATIPSOM) 2007, Ordinan Hutan Sarawak 2015, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan," katanya.
Sumber: Briged Sarawak Laman Rasmi dan Utusan Borneo
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN