Kementerian
Dalam Negeri (KDN) bercadang memperluaskan penugasan agensi penguat
kuasa Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) ke sempadan Sabah dan Sarawak
dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan yang berleluasa di kawasan itu sejak kebelakangan ini.
Menterinya,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Haimidi berkata, hasil siasatan Jawatankuasa
Sempadan Am (GBO di Malaysia dan Indonesia, terdapat banyak lorong
tikus yang menyebabkan aktiviti penyeludupan bertambah di kawasan
sempadan Sabah dan Sarawak.
Katanya,
UPP sejak ditubuhkan pada 1976 ketika ini hanya menempatkan anggotanya
menjaga pintu sempadan di Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak. "Usaha ini
akan dilaksanakan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan
kerjasama agensi penguat kuasa lain termasuk meminjam anggota tentera
untuk bertugas di sempadan tersebut." Walaupun terdapat kekangan
termasuk dan segi perbelanjaan, saya yakin dengan peminjaman anggota
melalui agensi yang ada anggota UPP ini akan ditempatkan di Sabah dan
Sarawak” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari UPP
Ke-37 di Kompleks UPP Buklt Kayu Hitam, dekat sini hari ini.
Sumber : Utusan Malaysia

Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Upp Akan Diperluas Ke Sabah Sarawak
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Haimidi berkata, hasil siasatan Jawatankuasa Sempadan Am (GBO di Malaysia dan Indonesia, terdapat banyak lorong tikus yang menyebabkan aktiviti penyeludupan bert..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/upp-akan-diperluas-ke-sabah-sarawak
Scan to view the latest live version.