Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sanggup Sembunyi Bawah Meja

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.34 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.45 PM
Pegawai Turus D7 IPK Perak, Superintendan Hasbullah Ali berkata, serbuan yang dibuat di sebuah restoran di dalam sebuah lading kelapa sawit itu berjaya menahan seramai 27 wanita Vietnam berumur 18 hin..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sanggup-sembunyi-bawah-meja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:01 MYT

Taktik pelanggan sebuah restoran di sini menyorokkan gadis petayan pelanggan (GRO) di bawah meja tidak berjaya apabila sepasukan polis dari Bahagian Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berjaya menghidu taktik berkenaan.

Pegawai Turus D7 IPK Perak, Superintendan Hasbullah Ali berkata, serbuan yang dibuat di sebuah restoran di dalam sebuah lading kelapa sawit itu berjaya menahan seramai 27 wanita Vietnam berumur 18 hingga 30 tahun dipercayai dijadikan sebagai GRO.

Menurutnya, ketika serbuan dibuat, GRO berkenaan asyik melayan pelanggan dan tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa. "Apabila mereka menyedari kehadiran kami, GRO berkenaan terus melarikan diri dan ada sebilangannya cuba disembunyikan di bawah meja namun kami berjaya menahan mereka. ''Akibatnya, ada sebilangan mereka mengalami luka-luka kecil kerana terjatuh semasa melarikan diri’' katanya,

Sumber : Sinar Harian

Sanggup Sembunyi Bawah Meja

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.34 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.45 PM