Krt Digalak Salur Maklumat Bantu Polis
Polis
menggalakkan jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) menyediakan
program keselamatan penduduk kepada masyarakat setempat bagi memberi
pendedahan secara lebih khusus dalam mengawal kadar peningkatan jenayah.
Inisiatif
berkenaan dilihat amat membantu dalam memastikan keselamatan penduduk
setempat selain dapat memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat
kepada polis.
Menerusi
tindakan proaktif itu juga, polis lebih mudah mengambil tindakan
sekiranya masyarakat dapat bekerjasama dalam membantu mengawal kadar
jenayah di setiap kawasan.
Sumber : Akhbar Sinar Harian
