Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Upp Akan Diperluas Ke Sabah Sarawak

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Haimidi berkata, hasil siasatan Jawatankuasa Sempadan Am (GBO di Malaysia dan Indonesia, terdapat banyak lorong tikus yang menyebabkan aktiviti penyeludupan bert..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/upp-akan-diperluas-ke-sabah-sarawak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:40 MYT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang memperluaskan penugasan agensi penguat kuasa Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) ke sempadan Sabah dan Sarawak dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan yang berleluasa di kawasan itu sejak kebelakangan ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Haimidi berkata, hasil siasatan Jawatankuasa Sempadan Am (GBO di Malaysia dan Indonesia, terdapat banyak lorong tikus yang menyebabkan aktiviti penyeludupan bertambah di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak.

Katanya, UPP sejak ditubuhkan pada 1976 ketika ini hanya menempatkan anggotanya menjaga pintu sempadan di Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak. "Usaha ini akan dilaksanakan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain termasuk meminjam anggota tentera untuk bertugas di sempadan tersebut." Walaupun terdapat kekangan termasuk dan segi perbelanjaan, saya yakin dengan peminjaman anggota melalui agensi yang ada anggota UPP ini akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari UPP Ke-37 di Kompleks UPP Buklt Kayu Hitam, dekat sini hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Upp Akan Diperluas Ke Sabah Sarawak

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM