Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Al Fatihah Kanak Kanak Pesakit Leukimia Capai Impian Naik Mpv Meninggal Dunia

Diterbitkan: 22 Feb 2021 4.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kepala Batas, 22 Februari 2021 - Kanak-kanak lelaki yang menghidap leukemia, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, yang sebelum ini telah mencapai impiannya untuk menaiki kereta peronda polis (MPV), meninggal dunia semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-al-fatihah-kanak-kanak-pesakit-leukimia-capai-impian-naik-mpv-meninggal-dunia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Kepala Batas, 22 Februari 2021 - Kanak-kanak lelaki yang menghidap leukemia, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, yang sebelum ini telah mencapai impiannya untuk menaiki kereta peronda polis (MPV), meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Tuan Noorzainy Mohd Noor berkata beliau dimaklumkan Mohammad Ammar Dhani meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang di rumah keluarganya di Bakar Kapor, Penaga di sini.

"Jenazah kanak-kanak yang menghidap kanser tahap empat itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bakar Kapor, Penaga, kira-kira pukul 10 pagi tadi," katanya
Pada 22 Januari lepas, impian Mohamad Ammar Dhani untuk menaiki MPV menjadi kenyataan apabila dibawa meronda di sekitar kawasan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah SPU sambil diiringi Tuan Noorzainy.

Kanak-kanak itu yang menghidap kanser darah sejak berusia dua tahun dan bercita-cita menjadi anggota polis dibawa bersiar-siar selama 10 minit sejauh kira-kira dua kilometer dengan MPV jenis Honda Civic.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham adik Mohamad Ammar Dhani. Semoga roh Allahyarham tenang bersama orang-orang yang beriman.

Sumber: 
BERNAMA

Link: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/4010286658981611

Update Al Fatihah Kanak Kanak Pesakit Leukimia Capai Impian Naik Mpv Meninggal Dunia
ArtikelDiterbitkan 22 Feb 2021 4.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM