
Artikel
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Pdrm Kawal Ketat Kumpulan Vaksin Pertama Covid 19 Pfizer Biontech Di Pulau Pinang
Butterworth, 22 Februari 2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mengawal ketat kumpulan vaksin pertama COVID-19 Pfizer-Biontech bagi memastikan penghantaran...
Butterworth, 22 Februari 2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mengawal ketat kumpulan vaksin pertama COVID-19 Pfizer-Biontech bagi memastikan penghantaran dan pengedaran vaksin tersebut dalam keadaan selamat dan lancar.
Kawalan keselamatan terhadap vaksin tersebut adalah penting, bagi memastikan tiada sebarang unsur yang tidak diingini seperti perbuatan khianat atau sabotaj daripada berlaku.
Sehubungan itu, Polis Kontinjen Pulau Pinang telah diberi kepercayaan bagi memastikan penghantaran vaksin berkenaan ke lokasi yang telah ditetapkan di sekitar negeri tersebut berjalan dengan lancar dan terkawal.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN