
Artikel
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 401 105 Pelajar Duduki Spm Dalam Norma Baharu
Kuala Lumpur, 22 Februari 2021 - Hari ini, seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dalam suasa...
Kuala Lumpur, 22 Februari 2021 - Hari ini, seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dalam suasana negara masih berdepan pandemik COVID-19 yang menuntut mereka membawa 'perisai' tambahan.
Selain berbekalkan pen dan ilmu pengetahuan seperti kebiasaannya apabila memasuki dewan utama peperiksaan, kelainan bagi calon SPM 2020 ialah mereka juga perlu membawa 'perisai' iaitu pelitup muka atau pelindung muka bagi mencegah penularan wabak itu.
Pada hari pertama peperiksaan hari ini, calon akan menjawab subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, masing-masing bermula jam 8 pagi dan 2 petang.
Kumpulan pelajar Tingkatan Lima termasuk pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) itu menjadi kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan SPM dalam pembudayaan norma baharu.
Bagi menjamin keselamatan calon sepanjang peperiksaan, penyediaan 3,310 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dilaksanakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM), termasuklah proses disinfeksi dewan peperiksaan.
Peperiksaan SPM, SVM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diadakan pada November setiap tahun, namun bagi tahun 2020, peperiksaan terbabit terpaksa ditangguh kepada Januari 2021 sebelum dianjak sekali lagi kepada Februari 2021 berikutan penularan pandemik COVID-19 yang memaksa penutupan sekolah.
Warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan selamat maju jaya buat para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan tersebut dan semoga memperoleh keputusan yang cemerlang kelak.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.
Sumber:
Berita Harian Online
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN