Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Bukit Aman, 16 Dis 2011 -
"Saya berharap YDH CP Datuk Mortadza akan beriltizam untuk menentukan
PDRM mempunyai sumber manusia yang disegani, cekap dalam melaksanakan
tugas, profesional dan mempunyai nilai-nilai yang berteraskan konsep 4P
yang perlu disemarakkan di setiap peringkat dalam Pasukan," ujar YDH Tan
Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Serah
Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan PDRM di Dewan Theatrette,
Menara 1, Bukit Aman, hari ini.
Majlis
berlangsung seawal 8.30 pagi ini menyaksikan jawatan Pengarah
Pengurusan yang ditinggalkan oleh Y.Bhg Dato' Robiah binti Abdul Ghani
dan dipangku oleh YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan
Pengarah Pengurusan (Latihan) ini telah diisi oleh YDH CP Dato' Mortadza
bin Nazarene, yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya
Polis Kontinjen Sarawak.
Sementara
itu, jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan yang sebelum
ini dipangku oleh Y.Bhg Datin Ramlah binti Haji
Mahmood turut disandang oleh Y.Bhg Profesor Madya Datin Dr. Fatimah
binti Moosa, isteri kepada YDH Pengarah Pengurusan.
Turut
hadir menyerikan majlis, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar,
Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Pesuruhjaya dan
Ketua-Ketua Polis Negeri, YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj Hanafi,
Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan
wakil-wakil media.



YDH Pengarah-pengarah Jabatan bersama Pegawai Kanan PDRM sementara menanti ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Ketibaan YDH Ketua Polis Negara


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh YDH Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud, Bahagian Agama Dan Kaunseling Bukit Aman


Upacara penyematan pangkat dan penyampaian sijil kenaikan pangkat



Upacara serah/terima tugas Jawatan Pengarah Pengurusan



Upacara
menandatangani dokumen serah/terima tugas jawatan pengerusi PERKEP
Jabatan Pengurusan diantara Y.Bhg Datin Ramlah binti Mahmud, Pemangku
PERKEP Jabatan Pengurusan dan Y.Bhg Prof. Madya Datin Dr. Fatimah binti
Moosa dengan disaksikan oleh Y.Bhg Puan Sri Hajjah Suriati binti Mohd
Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia

Ucapan YDH Ketua Polis Negara


Bergambar Kenangan

Sidang media..
Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo