Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kemuncak Sukan Pdrm 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sukan dan PDRM kian sinonim dengan begitu banyak penganjuran temasya sukan telah dijalankan sepanjang tahun ini dan sampai ke kemuncak dengan berlangsungnya Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga & Tarik..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kemuncak-sukan-pdrm-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:05 MYT

Kuala Lumpur - 17 Disember 2011, Sukan dan PDRM kian sinonim dengan begitu banyak penganjuran temasya sukan telah dijalankan sepanjang tahun ini dan sampai ke kemuncak dengan berlangsungnya Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga & Tarik Tali Piala KPN ke - 32 di Stadium Mini Bukit Jalil pada hari ini.

Memetik kata-kata YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya di majlis ini yang menyatakan "Kejohanan pada hari ini boleh dijadikan impetus ke arah perlaksanaan gaya hidup sihat " menggambarkan bertapa PDRM komited dalam membina sebuah organisasi keselamatan yang bukan sahaja tertumpu kepada penguatkuasaan undang-undang semata-mata bahkan mementingkan aktiviti bercorak riadah seperti sukan dan sebagainya.

Untuk itu, beliau turut menyarankan supaya setiap anggota dalam PDRM mempunyai sifat "strike a balance" di antara profesion dan cara hidup kerana organisasi seperti PDRM sentiasa berhadapan dengan pelbagai tekanan luaran dan dalaman. Ini dilihat penting supaya gaya hidup setiap anggota sejajar dengan kualiti profesion yang maksimum di sebabkan tekanan-tekanan tersebut berjaya diserap dengan bijak hasil gaya hidup sihat yang diamalkan.

Sepanjang kejohanan dijalankan bermula 15 Disember hingga 17 Disember 2011, Kontinjen Selangor menjadi Johan Kategori Keseluruhan dengan membawa pulang 15 emas,6 perak, dan 8 gangsa, di ikuti rapat oleh PULAPOL KL dengan 13 emas, 6 perak dan 1 gangsa selaku Naib Johan keseluruhan manakala Kontinjen Kuala Lumpur mengisi tempat ketiga dengan 4 emas, 6 perak dan 7 gangsa disamping Kontinjen Briged Utara berpuas hati berada di tangga keempat dengan 4 emas, 5 perak, dan 6 gangsa.

Bagi Kategori Olahragawan dan Olahragawati terbaik bagi kejohanan kali ini didominasi oleh atlet dari PULAPOL KL dengan menyapu bersih kedua-dua kategori apabila Venugopal a/l Rajendran dinobatkan selaku Olahragawan Terbaik apabila memungut emas bagi tiga acara iaitu 5000m,1500m,dan 10000m manakala Noor Amelia bt Musa diangkat sebagai Olahragawati Terbaik dengan merangkul emas bagi acara 3000m,5000m dan 800m. Lebih menarik apabila beliau berjaya memecahkan rekod kejohanan bagi acara 5000m dengan catatan masa 18:51.0s dan acara 800m dengan catatan masa 2:19.4s.

Paling menarik perhatian ketika upacara penutupan, berlangsungnya akhir Tarik Tali Lelaki yang melibatkan Kontinjen Bukit Aman bertemu Kontinjen Briged Tengah di mana dalam acara ini, Kontinjen Bukit aman terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan apabila tewas di kedua-dua babak yang berlangsung sengit dan penuh meriah dengan sokongan padu dari para penyokong kedua-dua pasukan.

Kalah menang bukanlah kayu pengukur sebenar kepada segalanya malahan sudah menjadi adat dalam pertandingan, kerana sukan seharusnya dilihat dari perspektif yang lebih positif di mana ia sebenarnya memupuk semangat setiakawan, sifat tidak berputus asa, belajar menerima hakikat dan pelbagai lagi nilai-nilai positif yang boleh disemaikan kedalam jiwa setiap anggota agar menjadi panduan untuk mereka terus maju membina karier dalam pasukan.   

Turut hadir di Majlis Penutupan Kejohanan ialah YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, YDH CP  Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH DCP Dato' Mohmad bin Salleh Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Amar Singh a/l Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dif-dif Jemputan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan para hadirin yang hadir.    

Keputusan rasmi setiap acara yang berlangsung.

4 x 400 meter Wanita 

KEDUDUKAN  KONTINJEN MASA 
 JOHAN  PULAPOL K.L 5:21.7 
 NAIB JOHAN  K.LUMPUR 5:06.6
 KETIGA  SELANGOR 5:21.7 

4X400 meter Lelaki

 KEDUDUKAN KONTINJEN  MASA 
 JOHAN SELANGOR  3:35.7 
 NAIB JOHAN  K.LUMPUR 3:39.2
 KETIGA  PULAU PINANG 3:47.0 

Tarik Tali Lelaki

 KEDUDUKAN   KONTINJEN 
 JOHAN  BRIGED TENGAH
 NAIB JOHAN  BUKIT AMAN
 KETIGA  KUALA LUMPUR
 KEEMPAT  PULAU PINANG

Kategori Berpasukan Lelaki (Olahraga)

KEDUDUKAN  KONTINJEN  MATA 
 JOHAN SELANGOR  204
 NAIB JOHAN BRIGED UTARA  156
 KETIGA PULAPOL K.L  97
 KEEMPAT KUALA LUMPUR  91

Kategori Berpasukan Wanita (Olahraga)

KEDUDUKAN  KONTINJEN  MATA 
JOHAN SELANGOR 127
NAIB JOHAN PULAPOL K.L 101
KETIGA KUALA LUMPUR  83
KEEMPAT BUKIT AMAN  74

Berjalan Lalu Terbaik

-Kontinjen Bukit aman

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar disambut oleh YDH DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar..

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Nyanyian Lagu Negaraku...

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011  
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Aksi peserta wanita...

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Hujan bukan penghalang para Atlet beraksi....

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kecederaan sememangnya lumrah dalam bersukan...No Pain No Gain...

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Siapa gagah..?Acara tarik tali yang mencuri tumpuan...

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Gelagat para penyokong sepanjang kejohanan berlangsung...

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Penyampaian cenderahati...

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Tahniah...kontinjen Selangor selaku Juara Keseluruhan...

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Wakil kontinjen Briged Tengah menerima Piala Pusingan dan pingat emas selaku juara Tarik Tali Lelaki...

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Antara atlet yang dikalungkan pingat...

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Olahragawan Kejohanan disandang oleh Venugopal a/l Rajendran...

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Olahragawati kejohanan..saudari Noor Amelia bt Musa...

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Kontinjen-kontinjen yang bersemangat....

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
YDH DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur memberi ucapan alu-aluan...

Kemuncak Sukan Pdrm 2011 
Ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar...

Kemuncak Sukan Pdrm 2011
Upacara menurunkan dan penyerahan bendera kejohanan...



Wartawan : Konst. Muhammad Iqtar bin Azmi
Jurufoto  : L/KPL. Mohd Helmi bin Saadin
                Konst. Santher Kumar a/l Sehgar
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM