Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Kejayaan tuan-tuan bertugas dengan cemerlang adalah di sebabkan tuan-tuan berpegang teguh kepada etika dan prinsip yang ditanam dalam diri tuan-tuan',..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selamat-kembali-ke-tanahair-duta-kecil-pdrm-dari-unamid
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:50 MYT

KLIA, Sepang - 16 Disember 2011

Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di United Nations African Union Mission in Dafur (UNAMID) Sudan adalah misi kerjasamaPBB dengan Kesatuan Afrika yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB melalui Revolusi 1769 untuk mengamankan wilayah Darfur dan Sudan. Pasukan pengaman UNAMID ini ditugaskan bagi melindungi orang awam dan operasi kemanusiaan UNAMID.

Di atas tanggungjawab yang digalas itu, PDRM dan kerajaan melahirkan rasa bangga kepada pegawaidan anggota yang telah mengharumkan nama negara Malaysiasetelah berkhidmat dengan cemerlang bermula15 November 2010hingga15Disember 2011di Darfur.

Petang ini, berlangsung satu majlis Menyambut Kepulangan 25 orang Pegawai dan Anggota yang bertugas di Misi Pengaman PBB Darfur (UNAMID) Sudan. Pasukan pengaman UNAMID yang diketuai olehSUPT. Hanafi bin Haji Daud,Ketua UNAMID Malaysia telah selamat mendarat ke tanahair dan disambut oleh YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) yang mewakil YDH Ketua Polis Negara di Bilik VIP KLIA, Sepang.

Antara yang hadir majlis petang ini adalah SUPT Imran bin Abd Rahman, Ketua Polis Daerah Sepang, SUPT. Che Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat Bukit Aman serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

" Kepulangan tuan-tuan pada petang ini amat di nanti-nantikan oleh pasukan dan ahli keluarga dengan begitu sabar dan tabah, serta memahami bahawa pemergian tuan-tuan adalah satu pengorbanan demi untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting, menyahut seruan antarabangsa untuk membawa keamanan dan kesejahteraan di negara Sudan", teks ucapan YDH Ketua Polis Negara, yang dibaca oleh YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali.

"Kejayaan tuan-tuan bertugas dengan cemerlang adalah di sebabkan tuan-tuan berpegang teguh kepada etika dan prinsip yang ditanam dalam diri tuan-tuan", tambah beliau lagi.

YDH Dato' Mohd Nizar juga berkata, penugasan UNAMID telah dapat mengangkat nama baik dan imej PDRM serta maruah dan kredibiliti negara Malaysia.

"Peluang yang diperolehi semasa bertugas bersama pegawai-pegawai polis dari serata dunia dan mengenali budaya masyarakat negara asing akan menjadikan tuan-tuan lebih dinamis, matang dan bertanggungjawab, yang seterusnya berupaya membawa wadah perkhidmatan yang berintegriti, bertemakan tegas, adil dan berhemah", akhiri ucapan oleh beliau.

Satelah selesai majlis, taklimat selanjutnya disampaikan oleh SUPT. Che Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat Bukit Aman.

Sehingga kini, seramai 252 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia masih berkhidmat di negara Timor Leste dan juga Sudan.

Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
Kepulangan Pasukan Pengaman UNAMID yang diketuai olehSUPT. Hanafi bin Haji Daud,Ketua UNAMID Malaysia telah disambut oleh YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) yang mewakil YDH Ketua Polis Negara

Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
SUPT Imran bin Abd Rahman, Ketua Polis Daerah Sepang juga turut menyambut kepulangan UNAMID

Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
Antara yang menyertai UNAMID...

Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
dari kiri...SUPT Imran bin Abd Rahman,YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali dan SUPT. Che Zakaria bin Othman

Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) membaca teks ucapan YDH KEtua Polis Negara

Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
Mendengar ucapan YDH Ketua Polis Negara ...

Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
Ucapan balas olehSUPT. Hanafi bin Haji Daud,Ketua UNAMID Malaysia

Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
Penyampaian cenderahati dari pegawai dan anggota UNAMID, disampaikan olehSUPT. Hanafi bin Haji Daud,Ketua UNAMID Malaysia

Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
Bergambar kenangan...

Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
Selamat Kembali Ke Tanahair Duta Kecil Pdrm Dari Unamid
Jamuan ringan...


Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto: Sjn Zaiddin bin Dahalan & L/Kpl Alam Syir Khan bin Fairuz Khan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM