Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza

Published: 11 Jun 2014 8.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis berlangsung seawal 8.30 pagi ini menyaksikan jawatan Pengarah Pengurusan yang ditinggalkan oleh Y.Bhg Dato' Robiah binti Abdul Ghani dan dipangku oleh YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Haji Hanafi, ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/under-the-watch-of-ydh-cp-datuk-mortadza
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:52 MYT

Bukit Aman, 16 Dis 2011  - "Saya berharap YDH CP Datuk Mortadza akan beriltizam untuk menentukan PDRM mempunyai sumber manusia yang disegani, cekap dalam melaksanakan tugas, profesional dan mempunyai nilai-nilai yang berteraskan konsep 4P yang perlu disemarakkan di setiap peringkat dalam Pasukan," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan PDRM di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, hari ini.

Majlis berlangsung seawal 8.30 pagi ini menyaksikan jawatan Pengarah Pengurusan yang ditinggalkan oleh Y.Bhg Dato' Robiah binti Abdul Ghani dan dipangku oleh YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) ini telah diisi oleh YDH CP Dato' Mortadza bin Nazarene, yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak.

Sementara itu, jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan yang sebelum ini dipangku oleh Y.Bhg Datin Ramlah binti Haji Mahmood turut disandang oleh Y.Bhg Profesor Madya Datin Dr. Fatimah binti Moosa, isteri kepada YDH Pengarah Pengurusan.

Turut hadir menyerikan majlis, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Pesuruhjaya dan Ketua-Ketua Polis Negeri, YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.

Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
YDH Pengarah-pengarah Jabatan bersama Pegawai Kanan PDRM sementara menanti ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh YDH Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud, Bahagian Agama Dan Kaunseling Bukit Aman

Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Upacara penyematan pangkat dan penyampaian sijil kenaikan pangkat

Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Upacara serah/terima tugas Jawatan Pengarah Pengurusan

Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Upacara menandatangani dokumen serah/terima tugas jawatan pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan diantara Y.Bhg Datin Ramlah binti Mahmud, Pemangku PERKEP Jabatan Pengurusan dan Y.Bhg Prof. Madya Datin Dr. Fatimah binti Moosa dengan disaksikan oleh Y.Bhg Puan Sri Hajjah Suriati binti Mohd Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia

Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Ucapan YDH Ketua Polis Negara

Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Bergambar Kenangan

Under The Watch Of Ydh Cp Datuk Mortadza
Sidang media..


Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo



ArticlePublished 11 Jun 2014 8.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM