Ujian Pemanduan Lasak 4x4 Pdrm
Gua Musang, Kelantan - 3 November 2007. Ujian Pemanduan Lasak 4x4 Polis Diraja Malaysia telah diadakan bermula 29 Oktober hingga 2 November 2007 di pedalaman Gua Musang,Kelantan.
Aktiviti pemanduan lasak ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Bahagian Pengangkutan Polis Diraja Malaysia . Aktiviti ini akan melibatkan Pegawai-pegawai Pengangkutan Kontinjen/Briged, anggota-anggota pemandu dan mekanik dari setiap Bahagian Pengangkutan Kontinjen/Briged termasuk dari Sabah dan Sarawak. Seramai 121 orang pegawai/anggota mengikuti Ujian Pemanduan Lasak 4x4 PDRM, manakala kenderaan pacuan 4 roda yang terlibat sebanyak 40 buah kenderaan pasukan terdiri dari jenis Land Rover TDI.
Ujian Pemanduan Lasak 4x4 PDRMdi adakan di kawasan litar 'off road' Gua Gajah, Gua Musang, Kelantan. Untuk pelaksanaan aktiviti ini,sebanyak 6acara SS (special stage) yang merupakan latihan akan di adakan bagi menguji ketahanan fizikal. mental serta semangat kerjasama sesama pegawai dan anggota disamping meningkatkan kefahaman mereka dalam mengendalikan kenderaan pacuan 4 roda jenis Land Rover yang digunakan sepenuhnya oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Aktiviti ini juga merupakan satu program Latihan Dalam Perkhidmatan untuk pegawai dan anggota-anggota pemandu Bahagian Pengangkutan PDRM bagi menimba ilmu dalam pemanduan ini, terutama bagi mereka-mereka yang bertugas dikawasan kawasan pendalaman. Trajedi-trajedi seperti helikopter terhempas dikawasan hutan belantara, orang sesat dan berbagai lagi kejadian di dalam hutan telah mencetuskan program ini supaya pegawai dan anggota-anggota yang mengambil bahagian nanti akan dapat sama-sama berkongsi ilmu-ilmu pemanduan ini dengan rakan-rakan setugas yang tidak dapat ikut menyertai.
Aturcara Pelepasan ' Flag-Off ' telah disempurnakan oleh YDH SAC II Amir Hamzah bin Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Kelantan di perkarangan IPD Gua Musang pada 30 Oktober 2007. Hadir sama di majlis tersebut, YDH SAC II Aidi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Pengangkutan) PDRM merangkap Pengerusi Latihan Pemanduan Lasak 4x4 PDRM 2007, YDH SAC II Dato' Abd Malik bin Haji Harun, Ketua Penolong Pengarah JSJ Makmal Forensik PDRM, YDH SAC II Dato' Zakaria bin Yusuf, Komandan Maktab Teknik PDRM Muar, YDH ACP Mastor bin Mohd Arif, Timbalan Komander UTK Bukit Aman, YDH Supt. Othman bin Embong, Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Pengangkutan), Dif-dif Jemputan, Pegawai-pegawai Kanan serta anggota PDRM.

Gambar Kenangan...YDH SAC II Amir Hamzah bin Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Kelantan (berdirinombor lima dari kiri) danYDH SAC II Aidi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Pengangkutan) (nombor enam) bergambar bersama Ahli Jawatankuasa dan peserta-peserta di hadapan perkarangan IPD Gua Musang sebelum 'Flag-Off'

kiri...YDH SAC II Dato' Abd Malik bin Haji Harun, Ketua Penolong Pengarah JSJ Makmal Forensik PDRM bersama ACP Mohamad bin Abdul Aziz dengan kenderaan Land Rover TDI bernombor WMK 792 di SS 4, kemahiran menggunakan Kelengkapan Wajib Peralatan Penyelamat seperti'winches', 'snatch strap', 'tree trunk protector', 'snatch block' dikawasan lumpur