Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bengkel Jawatankuasa Garis Panduan Community Policing

Diterbitkan: 09 Jun 2014 3.09 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Maktab PDRM Kuala Lumpur - 31 Oktober 2007 - Bengkel Jawatankuasa Garis Panduan 'Community Policing' telah diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur mulai 29 hingga 31 Oktober 2007...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bengkel-jawatankuasa-garis-panduan-community-policing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:40 MYT
Maktab PDRM Kuala Lumpur - 31 Oktober 2007 - Bengkel Jawatankuasa Garis Panduan 'Community Policing' telah diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur mulai 29 hingga 31 Oktober 2007. Seramai 11 orang peserta  terdiri daripada Pegawai Turus Hal Ehwal Awam Kontinjen dari setiap negeri.

Jawatankuasa ini telah berbincang dan menyediakan Garis Panduan 'Community Policing' dan akan dibentang kepada YDH Tan Sri Musa Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara pada 14 November 2007.

Pembentangan kepada Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Awam), P/ACP Lai Yong Heng telah diadakan pada 31 Oktober 2007 di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur.

Bengkel Jawatankuasa Garis Panduan Community Policing
Peserta-peserta bengkel sedang menyediakan Garis Panduan 'Community Policing' sebelum dibentangkan kepada Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Awam), P/ACP Lai Yong Heng di Bengkel Jawatankuasa Garis Panduan 'Community Policing' yang telah di adakan di Maktab PDRM Kuala Lumpur.
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 3.09 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM