PULAPOL Kuala Lumpur - 2 November 2007. Dengan tema 'Perpaduan Menjamin Keselamatan', majlis tradisi, Majlis Rumah Terbuka PDRM sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan dengan meriahnya di PULAPOL Kuala Lumpur yang dihadiri lebih kurang 5,000 orang.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih yang tidak terhingga di atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong , Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, mencemar duli berangkat ke majlis ini.
Hadir sama di majlis ini, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Jeanne Abdullah, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Fatimah binti Hamid, Dif-dif Kenamaan serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia.
Majlis jamuan Aidilfitri bermula dengan persembahan pembukaan lagu-lagu medley raya, persembahan nyanyian solo, persembahan tarian dan juga artis jemputan.
Semoga majlis ini akan menjadi satu pertemuan yang sangat berharga di dalam memupuk semangat kemesraan bagi mengeratkan lagi silatulrahim serta menanam semangat muhibbah dalam suasana yang harmonis di semua peringkat, tanpa mengira darjat, bangsa, agama dan keturunan. Ibarat kata yang jauh didekatkan, yang dekat dimesrakan dan yang mesra diserasikan.

Persembahan yang memeriahkan Majlis Salam Aidilfitri PDRM 2007 / 1428 Hijrah

Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato Haji Hassan dan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Salam Aidilfitri Pdrm 2007
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih yang tidak terhingga di atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/salam-aidilfitri-pdrm-2007
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.