Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tujuh Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh

Published: 17 Jun 2014 4.07 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 29 Mei - Polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20-an berkaitan kes pembunuhan seorang rakyat Amerika Syarikat dalam operasi sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Timbalan Ketua..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tujuh-lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-bunuh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:22 MYT
Kuala Lumpur, 29 Mei - Polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20-an berkaitan kes pembunuhan seorang rakyat Amerika Syarikat dalam operasi sekitar Lembah Klang awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata ketujuh-tujuh suspek merupakan warga asing dan ditahan bagi membantu siasatan.

Pada 4 Mei lepas, mayat David James Ginter, 62, ditemui di sebuah rumah di Taman Sri Ukay di sini oleh jiran dalam keadaan terbaring dengan tangan dan kaki diikat ke belakang serta lehernya dijerut dengan tali kabel pengecas telefon.

Dalam perkembangan lain, guru wanita kerugian lebih RM8,000 apabila diragut dua lelaki di kawasan sebuah pasar raya di Ampang, semalam.

Mangsa berumur 26 tahun, turut cedera ringan di bahagian lutut kanan akibat kejadian ragut pada kira-kira 11.50 pagi itu.

Datuk A. Thaiveegan berkata wanita itu diragut ketika meletak barang dalam bonet kereta jenis Suzuki Swift.

"Suspek menaiki kenderaan jenis Proton Satria, meragut beg tangan mangsa dan melarikan diri bersama barangan berharga mangsa iaitu Ipad, Iphone dan wang tunai RM5,000," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian hari ini. - BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 4.07 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM