Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Ditahan Ketika Jual Beli Dadah Di Bilik Hotel Di Tanju

Diterbitkan: 17 Jun 2014 4.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Melaka, 29 Mei- Polis menahan empat individu dipercayai sedang menjalankan urusan jual beli dadah di sebuah bilik hotel di Tanjung Kling semalam. Sepasang suami isteri berusia 32 dan 20 tahun, yang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-ditahan-ketika-jual-beli-dadah-di-bilik-hotel-di-tanju
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:25 MYT
Melaka, 29 Mei- Polis menahan empat individu dipercayai sedang menjalankan urusan jual beli dadah di sebuah bilik hotel di Tanjung Kling semalam.

Sepasang suami isteri berusia 32 dan 20 tahun, yang turut membawa bayi berusia lapan bulan, dipercayai ke hotel itu untuk membeli dadah daripada pasangan kekasih berusia 37 dan 29 tahun sebelum diserbu sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen pada kira-kira 8
malam.

Menurut sumber polis, tiga jenis dadah iaitu heroin seberat 171 gram, syabu (6 gram) dan ganja (1 gram) dijumpai dalam bilik hotel berkenaan, dipercayai untuk dijual sekitar daerah Melaka Tengah serta Alor Gajah.

"Pergelutan berlaku ketika serbuan apabila kedua-dua lelaki bertindak agresif dalam cubaan melarikan diri namun mereka gagal melepaskan diri," katanya.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pasangan kekasih itu dipercayai menjadikan hotel berkenaan tempat menjual dadah berikutan kawalan keselamatannya yang ketat.

"Pasangan berkenaan hanya membuka pintu bilik sekiranya mendengar bunyi ketukan pintu dan cara berdehem yang ditetapkan sebagai kod rahsia kepada pelanggan untuk berurus niaga, dan mereka berpindah bilik setiap minggu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Superintenden Md Azmi Othman, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori serta Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.
 
- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 4.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM