Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tuah Sembilan Pengguna Jalan Raya Terima Sijil Penghargaan

Diterbitkan: 22 Feb 2016 12.15 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.33 PM
Seramai sembilan pengguna jalan raya berhemah bertuah telah terpilih sebagai penerima sijil penghargaan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan sempena Op Selamat 8/2016 yang berlangsung di hub transit terbesar KL Sentral, di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tuah-sembilan-pengguna-jalan-raya-terima-sijil-penghargaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:23 MYT

Kuala Lumpur, 19 Feb – Seramai sembilan pengguna jalan raya berhemah bertuah telah terpilih sebagai penerima sijil penghargaan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan sempena Op Selamat 8/2016 yang berlangsung di hub transit terbesar KL Sentral, di sini hari ini.

Penilaian pemandu berhemah telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu penunggang motosikal, pemandu motokar dan pemandu bas.

Dalam majlis yang sama, Johor Baharu Selatan telah diumumkan sebagai johan bagi anugerah daerah terbaik bagi Anugerah Daerah Terbaik diikuti Kota Setar dan Kuala Selangor.

Sementara itu, Kontinjen Johor telah merangkul gelaran johan bagi Anugerah Kontinjen Terbaik diikuti Perak dan Kelantan.

Penilaian bagi anugerah daerah dan kontinjen terbaik adalah berdasarkan catatan prestasi terbaik dari segi penurunan jumlah kes kemalangan maut yang melibatkan kematian disamping penurunan kes pecah rumah dalam kawasan jagaan masing-masing.

Penyampaian Sijil Penghargaan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Hadir sama menyaksikan majlis itu adalah Pengerusi Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Malaysia Berhad, Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kasim, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato Jalaluddin Abdul Rahman, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Noorizah Haji Abd Hamid, Naib Presiden Eksekutif Malaysia Resource Corporation Berhad (MRCB), Dato’ Dell Akhbar Khan, Pegawai-Pegawai Kanan Polis dan rakan media.

Tuah Sembilan Pengguna Jalan Raya Terima Sijil Penghargaan
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim...

Tuah Sembilan Pengguna Jalan Raya Terima Sijil Penghargaan
Antara tetamu utama yang hadir pada hari ini...Tuah Sembilan Pengguna Jalan Raya Terima Sijil Penghargaan
Pengacara majlis yang mengendalikan perjalanan program pada hari ini...

Tuah Sembilan Pengguna Jalan Raya Terima Sijil Penghargaan
Ucapan daripada Timbalan Ketua Polis Negara...

Tuah Sembilan Pengguna Jalan Raya Terima Sijil Penghargaan
Antara penerima-penerima Sijil Penghargaan Pengguna Jalan Raya Berhemah Dalam
 Op Selamat 8/2016...

Tuah Sembilan Pengguna Jalan Raya Terima Sijil Penghargaan
Antara penerima-penerima Sijil Penghargaan Pengguna Jalan Raya Berhemah Dalam Op Selamat 8/2016...

Anugerah Daerah Terbaik - Johor Bahru Selatan..

Tuah Sembilan Pengguna Jalan Raya Terima Sijil Penghargaan
Anugerah Kontinjen Terbaik - Johor

Tuah Sembilan Pengguna Jalan Raya Terima Sijil Penghargaan
Upacara penyampaian cenderahati daripada Timbalan Ketua Polis Negara mewakili Polis Diraja Malaysia kepada Tan Sri Dato' Mohd. Sheriff Mohd Kassim..

Tuah Sembilan Pengguna Jalan Raya Terima Sijil Penghargaan
Upacara penyampaian cenderahati daripada Timbalan Ketua Polis Negara mewakili Polis Diraja Malaysia kepada Datuk Dell Akhbar Khan..

Tuah Sembilan Pengguna Jalan Raya Terima Sijil Penghargaan
Sesi bergambar kenangan...

ArtikelDiterbitkan 22 Feb 2016 12.15 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.33 PM