Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Triaj Satu Lagi Peningkatan Perkhidmatan Pdrm Kepada Masyarakat

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.58 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.30 PM
Perkhidmatan Triaj ini dilihat mampu mengangkat kualiti penyampaian perkhidmatan PDRM ke satu lagi tahap pencapaian prestasi organisasi dalam senario sosial masyarakat sekarang ini dan ianya memberi k..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/triaj-satu-lagi-peningkatan-perkhidmatan-pdrm-kepada-masyarakat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:16 MYT

Kuala Lumpur, 21 Sept - "Kerajaan sentiasa memberi perhatian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dengan memberi tumpuan kepada perkhimatan pelanggan dan konsentrasi kita kepada kepuasan pelanggan menjadi lebih penting kerana produk utama kita di sektor awam ialah perkhidmatan, bermakna kita (PDRM) perlu sentiasa mempertingkatkan perkhidmatan yang sentiasa berubah mengikut perubahan masa dan ianya memerlukan penambahbaikan yang berterusan," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapan perasmiannya sempena Majlis Pelancaran Perkhidmatan Triaj PDRM di Balai Polis Travers, hari ini.

Sehubungan itu juga tambahnya, penambahbaikan ini bukan sahaja tertumpu pada penambahbaikan sistem dan proses kerja sahaja, malah perhatian yang sewajarnya juga perlu diberi kepada aspek meningkatkan jalinan hubungan antara organisasi dengan pelanggannya.


Sejajar dengan itu, Perkhidmatan Triaj ini dilihat mampu mengangkat kualiti penyampaian perkhidmatan PDRM ke satu lagi tahap pencapaian prestasi organisasi dalam senario sosial masyarakat sekarang ini dan ianya memberi kesan positif kepada mereka yang terlibat khususnya masyarakat, terutama dalam konteks penyelesaian masalah oleh pihak polis.


"Sebagai pelindung (Protector), PDRM seharusnya mampu menanam keyakinan kepada orang ramai dan seterusnya berupaya untuk mendapatkan penghormatan, sanjungan dan dihargai oleh masyarakat dan suka untuk saya mengingatkan kepada semua anggota polis dan juga pegawai awam terutamanya yang bertugas di barisan hadapan supaya menggunakan kemahiran komunikasi yang berkesan dalam memberi bantuan kepada pelanggan-pelanggan yang datang ke balai polis."


"Sesungguhnya Pegawai Perkhidmatan Triaj PDRM akan membawa nama dan imej PDRM ke seluruh pelusuk negara dan pastikan pelanggan kita sentiasa diutamakan dan diberi layanan mesra selaras dengan Pelan Hala Tuju YAB Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan berdasarkan prinsip Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," akhiri YDH Ketua Polis Negara dalam ucapannya.


Triage (Triaj) Mampu Tingkat Persepsi Baik Terhadap Pasukan


Triaj berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud, sesuatu tindakan yang dipilih mengikut kepada kesesuaian dan kualitinya.


Ianya juga didefinisikan sebagai tapisan mengikut kepada sesuatu keperluan dan kesesuaian tertentu.


Perkhidmatan Triaj (Triage Service) merupakan salah satu inisiatif yang disenaraikan di bawah NKRA Projek NKPI: Meningkatkan Kepuasan Orang Awam Terhadap Khidmat Pelanggan Di Balai Polis.


Perkhidmatan Triaj dilaksanakan oleh anggota polis dan kakitangan awam di Kaunter Pertanyaan Balai Polis untuk menawarkan bantuan segera, berkonsepkan mesra pelanggan.


Turut hadir dalam majlis hari ini, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah JSJ PDRM, YDH DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur, Y.Bhg Dr. S. Watcala, Setiausaha Bahagian NKRA Kementerian Dalam Negeri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.

 

Triaj Satu Lagi Peningkatan Perkhidmatan Pdrm Kepada Masyarakat
Ucapan aluan oleh YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

Triaj Satu Lagi Peningkatan Perkhidmatan Pdrm Kepada Masyarakat
Ucapan Aluan serta perasmian pelancaranPerkhidmatan TRIAJ PDRM oleh YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Triaj Satu Lagi Peningkatan Perkhidmatan Pdrm Kepada Masyarakat
Dari kiri..Y.Bhg Encik Euguene Teh, Pengarah PEMANDU, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Y.Bhg Dr. S. Watcala, Setiausaha Bahagian NKRA Kementerian Dalam Negeri.

Triaj Satu Lagi Peningkatan Perkhidmatan Pdrm Kepada Masyarakat
YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menandatangani Plak Pelancaran Perkhidmatan Triaj Balai Polis Tavers.

Triaj Satu Lagi Peningkatan Perkhidmatan Pdrm Kepada Masyarakat
YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara semasa sesi sidang media.


Gambar kenagan selepas selesai majlis pelancaran
Triaj Satu Lagi Peningkatan Perkhidmatan Pdrm Kepada Masyarakat
Triaj Satu Lagi Peningkatan Perkhidmatan Pdrm Kepada Masyarakat



Jurufoto    : Konst Raymond
Wartawan   : L/Kpl Irfan
Penyunting : F29 Siti Fatimah Abdul Manan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.58 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.30 PM