Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah Pga

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sebagai kesinambungan dalam menambahbaik prasarana warga-warga PDRM untuk menjalankan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan L..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-dan-sesi-dialog-pengarah-jabatan-logistik-pdrm-ke-briged-tengah-pga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:24 MYT

Cheras , 19 Sept - Sebagai kesinambungan dalam menambahbaik prasarana warga-warga PDRM untuk menjalankan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM telah hadir untuk Majlis Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog yang bertempat di Dewan Perdana, Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, hari ini.


Berobjektifkan penekanan keselesaan semasa menjalankan tugas, lawatan kerja seperti ini membolehkan pucuk pimpinan PDRM sendiri melihat dan meneliti permasalahan logistik seperti kekurangan kelengkapan dan perkakasan untuk menjalankan tugas yang sering wujud terhadap anggota yang menjalankan tugas di lapangan.


Lawatan kerja ini menyaksikan YDH Dato' Pahlawan Zulkifli telah membuat pemeriksaan pakaian tugas serta kelengkapan bagi anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), PORU dan PGA seterusnya disusuli dengan sesi dialog bersama warga Briged Tengah PGA untuk mengetengahkan dan mengenal pasti isu-isu berhubung kekurangan, permasalahan pakaian tugas dan kelengkapan tugas yang dibekalkan bagi meningkatkan mutu kualiti material yang dibekalkan oleh Polis Diraja Malaysia.


"Barangan yang tidak begitu selesa dan tidak sesuai digunakan semasa berkerja merupakan antara masalah yang dihadapi oleh anggota PDRM sebagai penentu imej polis, dan permasalahan seperti faktor keperluan yang berbeza mengikut mod penugasan juga akan dikaji dan diperhalusi untuk memastikan PDRM sentiasa berada di hadapan dalam teknologi perkakasan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," ujar beliau.


Turut hadir pada hari ini, YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah PGA/ Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan LTAB, YDH SAC Dato' Aidi bin Ismail, Timbalan Pengarah II Jabatan Logistik (Kewangan/Bekalan), YDH SAC Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah PGA, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan anggota-anggota PDRM Briged Tengah Cheras. 



Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah Pga
YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah dalam ucapannya..

Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah Pga
Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah Pga
Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah Pga
Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah Pga
Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah Pga
YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah memeriksa pakaian tugas serta kelengkapan bagi anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), PORU dan PGA di sini.

Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah Pga
Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah Pga
YDH Pengarah Jabatan Logistik semasa mengendalikan sesi dialog bersama warga Briged Tengah PGA.

Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah Pga
Upacara Penyerahan Cenderahati daripada Komender Briged Tengah PGA.

Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah Pga
Upacara Menandatangani Buku Pelawat oleh YDH DAto' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM.

Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah PgaYYDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah PGA/ Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan LTAB turut menyempurnakan upacara menandatangani buku pelawat.

Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah Pga
SAC Dato' Aidi bin Ismail, Timbalan Pengarah II Jabatan Logistik (Kewangan/Bekalan) turut menandatangani Buku Pelawat.

Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah Pga
YDH Pengarah Logistik bersalaman dengan warga PDRM Briged Tengah Cheras sebelum berangkat pulang.

Lawatan Kerja Dan Sesi Dialog Pengarah Jabatan Logistik Pdrm Ke Briged Tengah Pga
Sesi bergambar kenangan bersama YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM.


Jurufoto       :    L/Kpl Helmi
Wartawan      :    L/Kpl Irfan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM