Kuala Lumpur - 14 November 2011
Bertemakan Transformasi Ke Tahap Kecemerlangan, satu Persidangan PJP/KP, Komander Briged PGA, Komander Dan Komandan Bil 2/2011 telah
berlangsung di Maktab Cheras PDRM, pagi ini. Tema bagi konferens kali
ini adalah selaras dengan usaha pihak kerajaan membuat anjakan paradigma
mengenai transformasi politik, sosial dan ekonomi.
YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri telah hadir merasmikan persidangan.
"Sesungguhnya,
kejayaan di masa hadapan bergantung kepada kebijaksanaan kita merancang
dan melaksanakan berdasarkan kepada strategi yang teratur. Seperti ada
pepatah berbunyi, Manusia Gagal Bukan Kerana Ia Tidak Bertindak, Tetapi Kerana Ia Tidak Membuat Perancangan Untuk Bertindak" tegas YDH IG Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di dalam perutusan beliau berkisar Halatuju PDRM Menjelang 2012.
Bagi
mengekalkan pencapaian terbaik negara, iaitu Malaysia adalah ke-19
paling selamat di dunia, ke-3 paling selamat di Asia Pasifik dan
terselamat di rantau asia, maka peracangan bagi 'Crime Prevention' dan 'Crime Suppression' hendaklah dijadikan satu agenda utama bagi tahun 2012. Bagi tujuan itu, dua jawatan kuasa (Jawatan kuasa Pencegahan Jenayah dan Jawatan Kuasa Suppression) akan berkerjasama dengan NKRA bagi mengurangkan kadar jenayah.
"Sebagai
Ketua Polis Negara, saya sedar saya perlu berwibawa, cekap dan dinamik.
Saya perlu memulakan langkah untuk perubahan dalam pasukan. Maka saya
perlukan sokongan padu dari kalangan dari anda semua. Jika ada pandangan
berbeza, marilah kita berkomunikasi lebih dari masa lalu", ujar YDH
Ketua Polis Negara.
"Nasihat
saya kepada diri dan hadirin sekelian, terdapat begitu banyak yang
dipertaruhkan di dalam hidup ini. Kita bukan saja perlu mendapat Outcome yang
baik dari penugasan kepolisan, kita perlu juga menjaga keharmonian
rumah tangga, yang mana cabarannya tetap hebat sebagaimana cabaran
terhadap tugas", tambah beliau lagi.
"PDRM
boleh mengubah takdir negara dengan syarat organisasi PDRM relevant,
produktif, progresif dan mengutamakan pencapaian objektif pasukan.
Dato'-dato', Tuan-tuan dan Puan-puan mempunyai pilihan sama ada
berperanan komited, agresif bagi mencapai kejayaan pasukan ataupun
mediocare dan pasif terhadap tugas dan tanggungjawab", YDH Ketua Polis
Negara mengakhiri perutusan beliau.
Turut
hadir adalah YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua
Polis Negara, YDH Ketua-ketua Pengarah Jabatan PDRM, YDH Pesuruh Jaya
Polis Sabah Dan Sarawak, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, YDH Komander
Briged PGA, YDH Komandan-komandan dan Pegawai Kanan Polis.



Ketibaan YDH Ketua Polis Negara disambut oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah-pengarah Jabatan PDRM

Hadir
sama adalah Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md. Sobri, Pengerusi
PERKEP Malaysia dan Y. Bhg. Datin Sri Imran binti Ibrahim, Naib
Pengerusi PERKEP Malaysia

Ketibaan YB Menteri Dalam Negeri diiringi oleh YDH Ketua Polis Negara

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud, Supt. Urus Setia BAKA Bukit Aman

Ucapan perasmian YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri
Penyampaian Surat Penghargaan oleh YB Menteri Dalam Negeri

YDH
CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin.. Kecemerlangan beliau bersama
pegawai dan anggota di Jabatan Siasatan Jenayah dalam menyelesaikan
secara cepat serta kes-kes berprofil tinggi sehingga membawa mereka yang
terlibat ke muka pengadilan

YDH DCP
Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob.. Kecemerlangan beliau dalam
memperkenalkan konsep 'OPS Payung' sebagai kaedah pencegahan jenayah
secara Omnipresence berjaya mengurangkan kadar jenayah

YDH
DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah.. Melalui maklum balas
diterima, penduduk di negeri Selangor berpuas hati dengan inisiatif 'OPS
Payung' dan 'My Distress' yang dicetuskan beliau

YDH
SAC Dato' Amar Singh S/O Ishar Singh.. Kecekapan beliau serta pasukan
petugas mengawal ketenteraman awam semasa insiden Ops Bersih 2.0 tanpa
melibatkan kehilangan nyawa dan kerugian besar harta benda

YDH
SAC Dato' Abu Samah bin Haji Mat.. Kecemerlangan beliau dipamerkan
melalui perangkaan dan mencetuskan idea-idea baru dalam merancang
strategi pencegahan jenayah sehingga mengurangkan jenayah indeks melalui
NKRA

YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin.. Merapatkan perhubungan di antara polis dan masyarakat melalui perlaksanaan 'Community Policing' terutama mengimarahkan masjid-masjid di kawasan daerah Ampang Jaya

Persatuan
Keluarga Polis (PERKEP).. Kesungguhan dalam menerapkan nilai-nilai dan
imej positif kepada pasukan dan aktif dalam menjaga hal ehwal kebajikan
keluarga warga PDRM

YDH Ketua Polis Negara menyampaikan Cenderahati Kenangan kepada YB Menteri Dalam Negeri


YB Menteri Dalam Negeri bermesra bersama semua yang hadir sebelum meninggalkan majlis

YDH Ketua Polis Negara menyampaikan perutusan "Halatuju PDRM Menjelang 2012"
Gambar sekitar persidangan






Pembentangan oleh YDH SAC Dato' Razali bin Basri, Ketua Penolong Pengarah JSJ D5, Bukit Aman bertajuk Transformasi Undang-Undang Dan Pelan Tindakan PDRM

Pembentangan oleh YDH SAC Dato' Zainal Abidin bin Kassim, Urus Setia KPN (Penyelidikan Dan Pembangunan) bertajuk Strategi Pencegahan Jenayah Dan Community Policing
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo & Konst. Raymond Martin
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Sesungguhnya, kejayaan di masa hadapan bergantung kepada kebijaksanaan kita merancang dan melaksanakan berdasarkan kepada strategi yang teratur. Seperti ada pepatah berbunyi, Manusia Gagal Bukan Keran..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/transformasi-pdrm-menjelang-2012
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.