Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tahniah Tan Sri Musa

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seri Paduka Yang Mulia Raja Bhumibol Adulyadej atau dikenali sebagai Raja Rama IX telah menganugerahkan pingat Knight Grand Cross (First Class) of the Most Honorable Order of the Crown of Thailand..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tahniah-tan-sri-musa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:42 MYT
Kuala Lumpur - 14 November 2011.

Seri Paduka Yang Mulia Raja Bhumibol Adulyadej atau dikenali sebagai Raja Rama IX telah menganugerahkan pingat Knight Grand Cross (First Class) of the Most Honorable Order of the Crown of Thailand kepada mantan Ketua Polis Negara Ke-8, Y.Bhg. Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan.

Penganugerahan pingat ini adalah pengiktirafan Raja Thailand di atas sumbangan bakti Tan Sri Musa ke arah peningkatan hubungan dan pengawasan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Penyematan pingat telah disempurnakan oleh Duta Besar Thailand ke Malaysia, Y.Bhg Thana Duangratana. Majlis telah berlangsung di Dewan Rajaphruek - Bunga Raya, Kedutaan Thailand di Malaysia.

Hadir di majlis tersebut ialah Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah (Kepolisan/Pencegahan Jenayah) Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Abd Rashid bin Harun, Komander UTK, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, tetamu jemputan serta pegawai-pegawai Kedutaan Thailand.

Tahniah Tan Sri Musa
Antara Pegawai-pegawai Kanan dan tetamu jemputan yang hadir di Dewan Bunga Raya, Kedutaan Thailand

Tahniah Tan Sri Musa
Ketibaan Y.Bhg Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan bersama isteri, Y.Bhg Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad

Tahniah Tan Sri Musa
Penganugerahan pingat  Knight Grand Cross (First Class) of the Most Honorable Order of the Crown of Thailand

Tahniah Tan Sri Musa
Y.Bhg Tan Sri Musa bersama Y.Bhg Thana Duangratana, Duta Besar Thailand

Tahniah Tan Sri Musa
Bersama pingat yang di anugerahkan oleh Paduka Yang Mulia Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand

Tahniah Tan Sri Musa
Menandatangani Buku Pelawat...

Tahniah Tan Sri Musa
Bergambar Kenangan di Bilik Tetamu...

Tahniah Tan Sri Musa
Bergambar kenangan bersama tetamu jemputan..

Tahniah Tan Sri Musa
Bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai Kedutaan Thailand

Tahniah Tan Sri Musa
Jamuan ringan di kediaman Duta Besar Thailand.


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM