Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ianya jelas menandakan bahawa Yang Berbahagia Dato'-Dato', Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, masih lagi mencintai dan menyayangi pasukan Polis Diraja Malaysia. Dalam erti kata lain, jiwa ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pahat-semangat-kepolisan-walau-di-mana-berada
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:52 MYT
Kuala Lumpur, 14 November 2011- "Percayalah bahawa setiap seorang daripada kita khususnya kepada mereka yang masih berkhidmat dalam pasukan apabila sampai waktu dan ketikanya nanti juga akan turut mengikut jejak langkah sepertimana para pesara yang diraikan pada malam ini," ucap YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, hari ini.

"Dengan kehadiran para tetamu pada malam ini, Ianya jelas menandakan bahawa Yang Berbahagia Dato'-Dato', Datin-Datin, tuan-tuan dan puan - puan sekalian, masih lagi mencintai dan menyayangi pasukan Polis Diraja Malaysia. Dalam erti kata lain, jiwa kepolisan itu masih lagi utuh dan terpahat dalam sanubari masing-masing walaupun telah meninggalkan pasukan polis," tambahnya lagi.

Malam 'Jasamu Dikenang' diadakan adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada seluruh warga Polis Diraja Malaysia kepada seramai 199 orang rakan-rakan seperjuangan yang telah bersara dari pasukan.

"Khidmat bakti, pengorbanan dan kesetiaan serta sumbangan yang telah dicurahkan oleh para pesara sekalian selama ini kepada negara dan pasukan, amat tidak ternilai dan sukar untuk dibalas dan diucapkan melalui kata-kata dan sesungguhnya negara dan pasukan amat terhutang budi kepada Yang Berbahagia Dato'-dato', tuan-tuan dan puan-puan sekalian,' ujarnya.

Sumbangan dan jasa serta pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini dengan menunjukkan prestasi kerja yang begitu membanggakan, di dalam membantu pasukan berdiri teguh dan masih lagi diyakini oleh masyarakat di negara ini amat dihargai oleh pasukan PDRM.

YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar sempat berkongsi pengalaman dan memberikan tip-tip yang membina kepada pesara - pesara:-

"Pertama adalah kita perlu mencari "halatuju baru" dalam kehidupan. "Finding new purpose" ini bermakna sekiranya kita ketinggalan dalam amal-ibadat semasa berkhidmat, inilah masanya untuk memberi penekanan ke arah itu.

"Kedua, adalah berkenaan meninggalkan pasukan secara terhormat atau "gracefully". Jangan kita rasa tersinggung atau kita menyinggung sesiapa sekalipun. Sesungguhnya rata-rata kita berkhidmat melebihi tiga puluh lima tahun dalam Pasukan, maka PDRM adalah darah daging kita dan janganlah kita menyimpan perasaan, kecuali menyayangi Pasukan. Inilah yang dikatakan 'gracefully'.

"Ketiga, ialah mengenai keperluan kita menasihati rakan-rakan yang masih berkhidmat. Saya sendiri suka mendapatkan nasihat atas prinsip "good practices" dan "lessons learned" daripada orang lama dan bekas bos-bos saya.

"Keempat, ialah untuk "seek knowledge" - bersesuaian dengan kehendak agama sendiri. Kita perlu terus menjanakan minda kita dengan menambahkan ilmu pengetahuan, dan menajamkan pemikiran seperti mana mantan Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad.

"Kelima, ialah kita juga boleh "seek experience" dengan mempelopori apa-apa bidang yang kita tidak dapat tumpukan semasa berkhidmat. Umpamanya, kita boleh jelajah tempat-tempat menarik dalam dan luar negara bersama isteri. Walaupun ini jarang dalam budaya kita, ia dapat mengisi persaraan kita dengan lebih bermakna.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Yang Dihormati Deputi Inspektor Jeneral Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar Timbalan Ketua Polis Negara dan Yang Berbahagia Datin Sri Imran binti Ibrahim, Yang Berbahagia Puan Sri Hajah Suriati binti Md Sobri Pengerusi PERKEP Malaysia, Yang Dihormati Deputi Komisioner Polis Dato' Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani Naib Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan PDRM Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Malam Jasamu Dikenang Polis Diraja Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Robiah binti Abdul Ghani Mantan Pengarah Pengurusan dan Yang Berbahagia Dato' Ibrahim bin Manas, Yang Berbahagia Dato' Othman bin Harun Mantan Timbalan Pengarah 1 (Risikan / Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Yang Berbahagia Datin Fauziah binti Tajuddin serta Datuk Seri, Dato'-Dato' Pengarah, Datin Sri, Datin-Datin, Pegawai - pegawai kanan polis serta hadirin sekelian.

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
Pendaftaran ...

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
Ketibaan Y.Bhg. Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Mantan Pengarah Pengurusan PDRM...

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
Ketibaan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan diiringi oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Makan Malam Sempena Persaraan Pegawai - Pegawai Kanan PDRM...

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
"Buat kenangan" bergambar bersama isteri tercinta....

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
Pengacara majlis memberi ucapan kata - kata aluan....

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
"Tak lekang senyum dibibir" YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar memberi 'pose' senyuman kepada hadirin yang hadir...

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
Y.Bhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md Sobri, isteri kepada YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar Ketua Polis Negara...

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut....

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan beliau...

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg. Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Mantan Pengarah Pengurusan PDRM...
 
Antara pegawai - pegawai kanan polis yang telah bersara menerima cenderahati daripada YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar sebagai tanda kenangan...

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
Y.Bhg. Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Mantan Pengarah Pengurusan PDRM menyerahkan Momento kepada YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara merangkap Yang DiPertua Mes Pegawai Kanan PDRM..

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
Ucapan balas daripada Y.Bhg. Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Mantan Pengarah Pengurusan PDRM dan selaku wakil pesara polis serta bakal pesara...

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
Salah seorang pesara pegawai kanan polis menghiburkan para tetamu dengan beberapa buah lagu...

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
"Bakat Terpendam" Y.Bhg. Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Mantan Pengarah Pengurusan PDRM mendendangkan beberapa buah lagu....

Pahat Semangat Kepolisan Walau Di Mana Berada
Penari - penari yang memeriahkan majlis ...

Wartawan: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
Jurufoto: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin / L/kpl Aslam
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM