Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Transformasi Pdrm Menjelang 2012

Published: 11 Jun 2014 7.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sesungguhnya, kejayaan di masa hadapan bergantung kepada kebijaksanaan kita merancang dan melaksanakan berdasarkan kepada strategi yang teratur. Seperti ada pepatah berbunyi, Manusia Gagal Bukan Keran..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/transformasi-pdrm-menjelang-2012
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:40 MYT

Kuala Lumpur - 14 November 2011

Bertemakan Transformasi Ke Tahap Kecemerlangan, satu Persidangan PJP/KP, Komander Briged PGA, Komander Dan Komandan Bil 2/2011 telah berlangsung di Maktab Cheras PDRM, pagi ini. Tema bagi konferens kali ini adalah selaras dengan usaha pihak kerajaan membuat anjakan paradigma mengenai transformasi politik, sosial dan ekonomi.

YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri telah hadir merasmikan persidangan.

"Sesungguhnya, kejayaan di masa hadapan bergantung kepada kebijaksanaan kita merancang dan melaksanakan berdasarkan kepada strategi yang teratur. Seperti ada pepatah berbunyi, Manusia Gagal Bukan Kerana Ia Tidak Bertindak, Tetapi Kerana Ia Tidak Membuat Perancangan Untuk Bertindak" tegas YDH IG  Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di dalam perutusan beliau berkisar Halatuju PDRM Menjelang 2012.

Bagi mengekalkan pencapaian terbaik negara, iaitu Malaysia adalah ke-19 paling selamat di dunia, ke-3 paling selamat di Asia Pasifik dan terselamat di rantau asia, maka peracangan bagi 'Crime Prevention' dan 'Crime Suppression' hendaklah dijadikan satu agenda utama bagi tahun 2012. Bagi tujuan itu, dua jawatan kuasa (Jawatan kuasa Pencegahan Jenayah dan Jawatan Kuasa Suppression) akan berkerjasama dengan NKRA bagi mengurangkan kadar jenayah.

"Sebagai Ketua Polis Negara, saya sedar saya perlu berwibawa, cekap dan dinamik. Saya perlu memulakan langkah untuk perubahan dalam pasukan. Maka saya perlukan sokongan padu dari kalangan dari anda semua. Jika ada pandangan berbeza, marilah kita berkomunikasi lebih dari masa lalu", ujar YDH Ketua Polis Negara.

"Nasihat saya kepada diri dan hadirin sekelian, terdapat begitu banyak yang dipertaruhkan di dalam hidup ini. Kita bukan saja perlu mendapat Outcome yang baik dari penugasan kepolisan, kita perlu juga menjaga keharmonian rumah tangga, yang mana cabarannya tetap hebat sebagaimana cabaran terhadap tugas", tambah beliau lagi.

"PDRM boleh mengubah takdir negara dengan syarat organisasi PDRM relevant, produktif, progresif dan mengutamakan pencapaian objektif pasukan. Dato'-dato', Tuan-tuan dan Puan-puan mempunyai pilihan sama ada berperanan komited, agresif bagi mencapai kejayaan pasukan ataupun mediocare dan pasif terhadap tugas dan tanggungjawab", YDH Ketua Polis Negara mengakhiri perutusan beliau.

Turut hadir adalah YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Ketua-ketua Pengarah Jabatan PDRM, YDH Pesuruh Jaya Polis Sabah Dan Sarawak, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, YDH Komander Briged PGA, YDH Komandan-komandan dan Pegawai Kanan Polis.

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara disambut oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah-pengarah Jabatan PDRM

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Hadir sama adalah Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia dan Y. Bhg. Datin Sri Imran binti Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Ketibaan YB Menteri Dalam Negeri diiringi oleh YDH Ketua Polis Negara

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud, Supt. Urus Setia BAKA Bukit Aman

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Ucapan perasmian YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri 

Penyampaian Surat Penghargaan oleh YB Menteri Dalam Negeri
Transformasi Pdrm Menjelang 2012
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin.. Kecemerlangan beliau bersama pegawai dan anggota di Jabatan Siasatan Jenayah dalam menyelesaikan secara cepat serta kes-kes berprofil tinggi sehingga membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
YDH DCP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob.. Kecemerlangan beliau dalam memperkenalkan konsep 'OPS Payung' sebagai kaedah pencegahan jenayah secara Omnipresence berjaya mengurangkan kadar jenayah

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah.. Melalui maklum balas diterima, penduduk di negeri Selangor berpuas hati dengan inisiatif 'OPS Payung' dan 'My Distress' yang dicetuskan beliau

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
YDH SAC Dato' Amar Singh S/O Ishar Singh.. Kecekapan beliau serta pasukan petugas mengawal ketenteraman awam semasa insiden Ops Bersih 2.0 tanpa melibatkan kehilangan nyawa dan kerugian besar harta benda

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
YDH SAC Dato' Abu Samah bin Haji Mat.. Kecemerlangan beliau dipamerkan melalui perangkaan dan mencetuskan idea-idea baru dalam merancang strategi pencegahan jenayah sehingga mengurangkan jenayah indeks melalui NKRA

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin.. Merapatkan perhubungan di antara polis dan masyarakat melalui perlaksanaan 'Community Policing' terutama mengimarahkan masjid-masjid di kawasan daerah Ampang Jaya

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).. Kesungguhan dalam menerapkan nilai-nilai dan imej positif kepada pasukan dan aktif dalam menjaga hal ehwal kebajikan keluarga warga PDRM

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan Cenderahati Kenangan kepada YB Menteri Dalam Negeri

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Transformasi Pdrm Menjelang 2012
YB Menteri Dalam Negeri bermesra bersama semua yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan perutusan "Halatuju PDRM Menjelang 2012"

Gambar sekitar persidangan
Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Transformasi Pdrm Menjelang 2012

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Pembentangan oleh YDH SAC Dato' Razali bin Basri, Ketua Penolong Pengarah JSJ D5, Bukit Aman bertajuk Transformasi Undang-Undang Dan Pelan Tindakan PDRM

Transformasi Pdrm Menjelang 2012
Pembentangan oleh YDH SAC Dato' Zainal Abidin bin Kassim, Urus Setia KPN (Penyelidikan Dan Pembangunan) bertajuk Strategi Pencegahan Jenayah Dan Community Policing

Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo & Konst. Raymond Martin

ArticlePublished 11 Jun 2014 7.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM