Tolak Sogokan Rm510 000 00 Pm Sampaikan Anugerah Integriti
Kuala Lumpur - 30 Jun 2009. "Awak ambillah wang di dalam poket seluar saya ini, ada RM10,000.00 dan akan serahkan lagi RM500,000.00 kemudian dan tolong lepaskan saya dan kawan saya". Itulah tawaran lumayan daripada seorang lelaki yang ditangkap polis di Rompin, Pahang pada 2 Mei 2009 lalu.
D/Kpl Mohd Surani Sarbini dan rakan setugasnya L/Kpl. Mohd Tarmizi Arbayee, lebih mementingkan kerjaya daripada kemewahan. Dua lelaki ditangkap bersama sebuah lori yang membawa muatan sebanyak 96 kotak dan 480 bungkusan plastik yang disyaki dadah jenis syabu. Berat setelah ditimbang lebih kurang 978 kilogram dan anggaran nilai pasaran berjumlah RM280 juta.
Rampasan tersebut merupakan rekod rampasan tertinggi dalam sejarah dan kejayaan terbesar Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kejayaan itu bukan sahaja mendapat perhatian media dan masyarakat tempatan malahan mendapat liputan dan pujian antarabangsa, termasuk daripada Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai dadah (UNDOC).
Sususlan dari itu telah menghasilkan sitaan harta benda di bawah Akta dadah Berbahaya 1952 (Perlucuthakan Harta) sejumlah lebih RM21 juta nilai harta.
YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, telah sudi menyampaikan Sijil Penghargaan 'Anugerah Integriti' kepada D/Kpl. Mohd Surani Sarbini dan L/Kpl. Mohd Tarmizi Arbayee. Majlis tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen Malaysia.
Selain daripada mendapat penghargaan tertinggi daripada kerajaan Malaysia, PDRM juga memberikan kenaikan pangkat secara medan daripada Detektif Koperal ke Detektif Sarjan kepada Mohd Surani Sarbini dan Lans Koperal ke Koperal kepada Mohd Tarmizi Arbayee.
Majlis
bersejarah itu turut disaksikan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin Tun
Hussein Menteri Dalam Negeri, YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Musa Tan Sri
Hj. Hassan Ketua Polis Negara dan beberapa menteri kabinet.

Membanggakan...
Bergambar kenangan bersama YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul
Razak Perdana Menteri Malaysia (tengah) setelah D/Kpl. Mohd Surani
Sarbini dan L/Kpl. Mohd Tarmizi Arbayee diberikan Sijil Penghargaan
'Anugerah Integriti'.
Kebangaan
negara dan PDRM... bergambar kenangan dari kiri Supt. Yan Toon Khuan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, L/Kpl. Mohd Tarmizi
Arbayee, D/Kpl. Mohd Surani Sarbini, YDH Tan Sri Musa Tan Sri Hj. Hassan
Ketua Polis Negara , YDH Dato' Robiah Abd. Ghani Ketua Polis Pahang dan
YDH Dato' Zul Hasnan Najib Baharudin Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik.
APR
contoh, tolak sogokan.... YDH Tan Sri Musa Tan Sri Hj. Hassan Ketua
Polis Negara (tengah) meminta semua peringkat pegawai dan anggota
mencontohi L/Kpl. Mohd Tarmizi Arbayee (kiri) dan D/Kpl. Mohd Surani
Sarbini.