Majlis Pelancaran Community Policing Bersama Penduduk Kota Warisan
SEPANG - 27 Jun 2009. Majlis Pelancaran 'Community Policing' Bersama Penduduk Kota Warisan telah disempurnakan oleh YDH SAC I Dato' Thiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor di Padang Kota Warisan, Sepang, Selangor pada pagi ini.
Hadir sama di majlis pelancaran tersebut ialah YDH Supt. Zahedi bin Ayob, Ketua Polis Daerah Sepang, YB Tuan Yap Eee Wah, Ahli Dewan Undangan Negeri, Sungai Pelek, Y.Bhg Mejar (B) Ng Bon Chong, Pengarah Gema padu Sdn. Bhd, Y. Bhg En. Nor Aziz bin Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pemuafakatan Penduduk Kota Warisan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah serta tetamu jemputan.
'Community Policing' pada hari ini dilihat sebagai langkah yang terbaik untuk mewujudkan kerjasama dua hala antara polis dan masyarakat dalam membanteras jenayah. Program ini adalah hasil kerjasama antara Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang bersama Syarikat Gema Padu Sdn. Bhd dan penduduk-penduduk Kota Warisan.
Konsep Skim Pengawasan Kejiranan atau Neighbourhood Watch Scheme dengan kerjasama polis dan penglibatan masyarakat dilihat sebagai satu pengkongsian (Smart Partnership) untuk bersama-sama mewujudkan ketenteraman awam, dalam membanteras dan mengawasi kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan penjenayah melakukan kegiatan jenayah. Konsep ini juga diumpamakan masyarakat sebagai mata dan telinga kepada pihak polis untuk memerhatikan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat juga boleh menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis, membantu pihak polis mengenalpasti kawasan yang mempunyai kecenderungan jenayah dilakukan dan seterusnya dapat menjadikan kawasan mereka sebagai kawasan kejiranan yang selamat, tenang dan aman.
Di majlis itu juga, penduduk Kota Warisan telah dihiburkan oleh pancaragam PDRM, Band Lagenda dari IPD Sepang, pertunjukan silat, sewang dan tarian singa serta gerai-gerai pameran oleh PDRM dan juga Skop Production Sdn Bhd.

Ketibaan YDH SAC I Dato' Thiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor

Ucapan perasmian oleh YDH Timbalan Ketua Polis Selangor

Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu jemputan yang hadir

Pancaragam PDRM turut membuat persembahan

Pertunjukan silat gayung

Tarian sewang...

Persembahan menarik oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kota Warisan

Persembahan oleh pelakon-pelakon Gerak Khas dan Akademi Polis dari Skop Production Sdn Bhd

Gimik...menyampaikan plak

Timbalan Ketua Polis Selangor membuka tirai plak perasmian

Gerai pameran oleh Pasukan Gerakan Marin

Jadi tumpuan..Kereta-kereta perisai dari Skuadron 5 Kereta Perisai