Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 Pdrm Atm Seminar National Security Policing

Diterbitkan: 10 Jun 2014 12.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 PDRM - ATM telah dipengerusikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa bin Tan Sri Hj. Hassan dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Jeneral Tan Sri A..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-peringkat-tertinggi-kali-ke-5-pdrm-atm-seminar-national-security-policing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:03 MYT

Seri Kembangan - 3 Julai 2009 . Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 PDRM - ATM & Seminar National Security / Policing in a Modern Society - Issues and Challenges telah berlangsung di Royal Ballroom III, Palace of Golden Horses bermula dari 1 Julai 2009 dan berakhir pada 3 Julai 2009.

Mesyuarat yang dikendalikan oleh PDRM ini adalah pertemuan kali kelima selepas mesyuarat yang keempat pada 17 November 2008.

Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 PDRM - ATM telah dipengerusikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa bin Tan Sri Hj. Hassan dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Jeneral Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal. Turut hadir di mesyuarat itu ialah YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YBhg Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin, Panglima Tentera Darat, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Hj Jaffar, Panglima Tentera Laut, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Ariffin, Panglima Tentera Udara, YDH Dato'-Dato' Pengarah Polis Diraja Malaysia dan juga delegasi PDRM dan ATM.

Dalam mesyuarat tersebut, perkara-perkara yang dibincangkan adalah perkongsian maklumat dan juga risikan keselamatan negara, meningkatkan kerjasama dan koordinasi khususnya dibidang terrorisme dan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada kegiatan militant di kalangan kaum dan kumpulan-kumpulan agama. Selain itu masalah-masalah pendatang asing tanpa izin yang terus membelenggu keselamatan negara juga turut dibincang selain terus menerokai kerjasama di bidang perisikan yang meliputi ancaman terhadap keselamatan dari kumpulan-kumpulan militant luar negara terutamanya dari selatan Filipina, Indonesia dan selatan Thailand.

Dibidang latihan bersama dan kursus pula, PDRM dan ATM terus meningkatkan kerjasama dan perkongsian keupayaan atau capacity sharing  dengan menumpukan kepada latihan yang ada kaitan kepada Core Business. Pada mesyuarat yang lalu, PDRM dan ATM telah menandatangani satu memorandum persefahaman yang telah memutuskan akan menjadi framework bagi kerjasama dalam bidang operasi dan latihan yang dalam proses Jawatankuasa Penyelarasan Operasi dan Latihan (JPOL) agar tidak bertindih dan berlaku pembaziran.

Selepas mesyuarat, pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia telah mengikuti Seminar National Security / Policing in a Modern Society - Issues and Challenges yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri di Royal Ballroom 111, Palace of Golden Horses. Seramai 86 orang peserta dari Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia  telah menghadiri seminar tersebut. Tajuk-tajuk yang dipilih di seminar ini adalah mengambil kira perkembangan-perkembangan  dalam negara semasa dan juga percambahan minda bersama YDH Ketua Polis Negara dan YBhg. Panglima Angkatan Tentera.

Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 Pdrm Atm Seminar National Security Policing
Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 PDRM - ATM

Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 Pdrm Atm Seminar National Security Policing
Pembukaan seminar oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 Pdrm Atm Seminar National Security Policing
Antara delegasi Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang menghadiri seminar

Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 Pdrm Atm Seminar National Security Policing
Sidang Akhbar...

Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 Pdrm Atm Seminar National Security Policing
YDH Ketua Polis Negara juga bersama-sama menghadiri seminar

Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 Pdrm Atm Seminar National Security Policing
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada penceramah dan juga moderator

Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 Pdrm Atm Seminar National Security Policing
YDH Ketua Polis Negara menerima cenderahati daripada Panglima Angkatan Tentera.

Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kali Ke 5 Pdrm Atm Seminar National Security Policing
Sesi Bergambar di hadapan Royal Ballroom Palace of Golden Horses.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 12.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM