
Artikel
Timbalan Kpn Terima 50 Komputer Riba Dan Pencetak Mudah Alih Penugasan Task Force 3r Pdrm Mcmc
Sepang, 7 Ogos 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima sejumlah 25 unit komputer riba dan 25 unit pe...
Sepang, 7 Ogos 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima sejumlah 25 unit komputer riba dan 25 unit pencetak mudah alih daripada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ruang Legar Tingkat 19, Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya di sini pagi tadi.
Penyerahan komputer riba dan pencetak mudah alih itu adalah bagi kegunaan petugas “Task Force” Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan SKMM dalam memantau dan menyiasat isu-isu melibatkan agama, kaum dan institusi diraja (3R).
Hadir sama Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), DCP Dato’ Suresh Kumar G. Suppiah, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) JSJ Bukit Aman, DCP Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman, SAC Datuk Mohamad Zainal Abidin Hj. Abdullah, Ketua Pegawai Kawal Selia SKMM, Tuan Zulkarnain Mohd Yasin, Ketua Pegawai Perundangan SKMM, Puan Noor Syahira Surya Noordin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan SKMM, Dato’ Mohd Shafie Harun dan Ahli-ahli Suruhanjaya SKMM, para pegawai kanan PDRM serta SKMM.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.






