
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Presiden Pprpd Malaysia
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pers...
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Malaysia yang diketuai oleh presidennya, Sub Inspektor Suhami Mohd Yusoff di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Timbalan Pengarah (Kewangan, Perolehan dan Kepolisan Am) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin