
Timbalan Kpn Sempurnakan Pemakaian Pangkat Dan Saksi Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Siasatan Perundangan Jsj Baharu
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di antara DCP Dato' Rusdi Mohd Isa dengan penyandang baharu, DCP Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad.
Dalam majlis itu, Datuk Seri Ayub turut menyematkan lencana pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) kepada Datuk Mohamed Usuf yang sebelum ini merupakan Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Sindiket) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.
Hadir sama, Pemangku Pengarah JSJ, DCP Dato' Suresh Kumar G. Suppiah, Ketua-ketua Penolong Pengarah JSJ Bukit Aman, barisan Penolong Pengarah dan para pegawai kanan JSJ Bukit Aman