Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Rasmi Mesyuarat Agung Masjid Bukit Aman Tahun 2023

Diterbitkan: 30 Aug 2023 12.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 29 Ogos 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) merangkap Penasihat Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir merasmikan mesyuarat agung masjid berkenaan bagi sesi tahun 2023 di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman di sini petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-rasmi-mesyuarat-agung-masjid-bukit-aman-tahun-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:48 MYT
Kuala Lumpur, 29 Ogos 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) merangkap Penasihat Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir merasmikan mesyuarat agung masjid berkenaan bagi sesi tahun 2023 di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman di sini petang tadi.

Ketibaan Dato’ Sri Ayob Khan disambut oleh Timbalan Pengarah (Agama & Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Ghazali Hj. Daud merangkap Imam Besar Masjid Bukit Aman bersama Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Datuk Zainudin Ahmad.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Sri Ayob Khan menyeru agar ahli jawatankuasa masjid memperbanyakkan lagi majlis-majlis ilmu dan agama.

Beliau turut mencadangkan agar suntikan innovasi dan pembaharuan dilakukan bagi menarik minat masyarakat khususnya golongan belia mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti.

Perjalanan mesyuarat seterusnya dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am) JIPS Bukit Aman merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, SAC Afandi Senin.

Antara intipati mesyuarat tadi ialah mengenai pembentangan dan pengesahan laporan aktiviti masjid yang dilaksanakan sepanjang tahun 2021 dan 2022, serta laporan kewangan bagi tempoh masa yang sama.

Hadir sama, Ketua Urusetia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS Bukit Aman, SAC Hj. Khair Hj. Othman, Ahli-ahli Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman, para pegawai kanan, pegawai rendah polis dan pegawai awam Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

Mungkin imej 1 orang, dais dan teks

Mungkin imej ‎3 orang, dais dan ‎teks yang berkata '‎MESYUARAT TAHUNAN MASJID BUKIT AMAN TAHUN 2023 29 OGOS 2023 (SELASA) BERSAMAAN 12 SAFAR 1445H DE

Mungkin imej 7 orang dan teks

Tiada huraian foto disediakan.

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej ‎4 orang, dais dan ‎teks yang berkata '‎MESYUARAT TAHUNAN MASJID BUKIT AMAN TAHUN 2023 29 OGOS 2023 (SELASA) BERSAMAAN 12 SAFAR 1445H DE

Mungkin imej 3 orang, dais dan teks


ArtikelDiterbitkan 30 Aug 2023 12.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM