Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Iringi Mdn Dalam Lawatan Kerja Rasmi Di Lahad Datu

Diterbitkan: 29 Aug 2023 3.58 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Lahad Datu, 29 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sempena lawatan kerja rasmi MDN ke daerah ini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-iringi-mdn-dalam-lawatan-kerja-rasmi-di-lahad-datu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:20 MYT
 
Lahad Datu, 29 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sempena lawatan kerja rasmi MDN ke daerah ini, hari ini.

Turut sama mengiringi, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi.

Rangka lawatan Datuk Seri Saifuddin dimulakan dengan Majlis Perasmian Kuarters Kediaman Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan Penyerahan Kuarters kepada para petugas ESSCOM yang terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta pegawai awam di Taman Palm Garden.

Beliau kemudiannya mengadakan kunjungan sulung ke Ibu Pejabat ESSCOM pada kira-kira jam 9.00 pagi dan disambut oleh Komander Eastern Command, DCP Victor Sanjos bersama Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Dr. Jamaluddin Mohd. Ali.

Lawatan itu bagi beliau melihat sendiri perkembangan situasi keselamatan semasa, pengoperasian pasukan keselamatan, perolehan kuarters dan program kemasyarakatan serta peningkatan sosioekonomi komuniti yang diterajui oleh ESSCOM di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Tentatif lawatan kerja MDN diteruskan ke Jabatan Penjara Lahad Datu bagi beliau bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyaksikan Penyerahan Kompleks Penjara Lahad Datu daripada Kementerian Kerja Raya kepada KDN.

Projek Penjara Lahad Datu itu telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 dengan melibatkan kos projek sebanyak RM176 juta dan mampu menampung sehingga 1,000 banduan serta kemudahan seperti klinik kesihatan banduan, blok penempatan banduan, dapur bengkel kemahiran dan menara kawalan masjid.

Seusai program, Datuk Seri Saifuddin meneruskan lawatan ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat untuk beramah mesra dengan warga KDN yang bertugas di sekitar Lahad Datu. Kehadiran beliau tadi disambut oleh Komander PPM Wilayah Empat, ACP Ahmad Ariffin.

Penutup lawatan kerja rasmi MDN di daerah ini berakhir di Pos Kawalan PPM Pulau Tabawan untuk beliau melihat penugasan kawalan keselamatan dan kemudahan yang disediakan kepada para pegawai serta anggota PPM.

Hadir sama Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd. Manan, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun serta Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dr. Rohan Shah Ahmad.

May be an image of 4 people and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 4 people

May be an image of 9 people and text

May be an image of 8 people

May be an image of 2 people and text
ArtikelDiterbitkan 29 Aug 2023 3.58 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM