Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Penuhi Undangan Ke Malam Anugerah Maksak 2022

Diterbitkan: 30 Aug 2023 1.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 30 Ogos 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan ke Malam Anugerah Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2022 yang diadakan di Dewan MAKSAK Putra, Persint 14, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-penuhi-undangan-ke-malam-anugerah-maksak-2022
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:15 MYT
 Putrajaya, 30 Ogos 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan ke Malam Anugerah Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2022 yang diadakan di Dewan MAKSAK Putra, Persint 14, di sini, malam tadi.
 
Malam Anugerah MAKSAK itu telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara merangkap Yang Dipertua MAKSAK Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali.
Ia merupakan acara tradisi tahunan bagi mengiktiraf pencapaian badan-badan gabungan MAKSAK dan atlet perkhidmatan awam yang telah mengharumkan nama Perkhidmatan Awam Malaysia dalam kejohanan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun 2022.

Beberapa kategori anugerah yang diperkenalkan termasuk Anugerah Khas Wanita MAKSAK, Anugerah Khas Lelaki MAKSAK, Anugerah Olahragawan MAKSAK dan Anugerah Olahragawati MAKSAK.

Dua atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) masing-masing memenangi Anugerah Khas Lelaki MAKSAK iaitu Lans Koperal Sokongan Mohd Taqiyuddin Hamid (sukan silat) dan Anugerah Olahragawan MAKSAK, iaitu Inspektor Muhammad Razie Abd Rahim (sukan hoki).

Majlis Sukan PDRM telah berjaya memenangi dua kategori lagi iaitu Full Participation MAKSAK Games dan dinobatkan johan untuk Overall Champion MAKSAK Games dan penerimaan anugerah bersama wang tunai berjumlah RM10,000 diwakili oleh Dato' Sri Ayob Khan.

Turut sama hadir tadi ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Timbalan Yang Dipertua MAKSAK Malaysia, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed dan Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim.

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

May be an image of 10 people, lighting, dais, wedding and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 9 people

May be an image of 5 people

May be an image of 2 people, lighting, speaker, dais and text that says 'Am saha I ۰ Ucapan Amanat Ketua Setiausaha Negara .. Merangkap Yang Dipertua MĂK

May be an image of 5 people, table, dais and text

May be an image of 5 people and table

May be an image of 4 people, speaker, violin and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 2 people and text that says 'MA SUI PD'

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 2 people, speaker and text

May be an image of 9 people and text
 
ArtikelDiterbitkan 30 Aug 2023 1.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM