Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Termasuk Anggota Gang 08 Diberkas Dipercayai Pengedar D

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.18 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
Temerloh, 20 Sept - Tiga lelaki, seorang daripadanya dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap, Gang 08, diberkas dalam operasi Ops Cantas di sini Isnin lepas...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-termasuk-anggota-gang-08-diberkas-dipercayai-pengedar-d
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:38 MYT

Temerloh, 20 Sept - Tiga lelaki, seorang daripadanya dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap, Gang 08, diberkas dalam operasi Ops Cantas di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata polis turut menemui 219.16 gram dadah jenis heroin dianggarkan bernilai RM15,000 di bawah karpet tempat duduk penumpang kereta dinaiki tiga lelaki itu.

"Ketiga-tiga suspek berusia 30 hingga 46 tahun itu ditahan pada pukul 8.10 malam 16 Sept lepas di sebuah stesen minyak di Batu Tiga, Jalan Mentakab-Temerloh oleh pasukan polis yang menjalankan rondaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki yang beralamat di Cheras, Selangor, sebelum itu dilihat sedang menaiki kereta jenis Nissan Livina berwarna kelabu dalam keadaan mencurigakan.

"Pihak polis melepaskan satu das tembakan amaran dan mengenai bahagian tayar kereta itu setelah kereta berkenaan cuba melarikan diri selepas merempuh kereta polis itu," katanya.

Ketiga-tiga mereka yang dipercayai pengedar dadah kemudiannya berjaya diberkas.

"Seorang daripada suspek berumur 36 tahun dipercayai anggota kumpulan Geng 08 berdasarkan lambang tatu naga dan lipan pada badan," katanya.

Beliau berkata dadah berkenaan dipercayai untuk diedarkan di sekitar Temerloh.

"Semua suspek kini ditahan reman sehingga 23 September ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.18 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM