Indeks Jenayah Melaka Bagi Jan Ogos Tahun Ini Turun 9 4 Pera
Melaka,
19 Sept - Indeks jenayah di Melaka turun sebanyak 9.4 peratus dalam
tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kata Timbalan Ketua Polis Melaka
Datuk Shah Gzali Khan Shahadad.
Beliau
berkata sebanyak 2,852 kes jenayah dilaporkan dalam tempoh lapan bulan
itu berbanding 3,148 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
"Penurunan
indeks jenayah ini hasil perancangan kerja yang sistematik, kesungguhan
dan pengorbanan setiap anggota dan pegawai polis Melaka dalam
membanteras jenayah selain kerjasama baik daripada masyarakat di negeri
ini," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Polis Kontinjen
Melaka di sini, hari ini.
Beliau
berkata sebanyak 1,089 kes membabitkan pelbagai jenayah termasuk samun,
rogol dan bunuh berjaya diselesaikan dalam tempoh itu berbanding 1,114
kes pada tahun lepas.
Bagi
jenayah narkotik pula, katanya seramai 3,255 orang ditahan kerana
terlibat dalam 2,977 kes kesalahan dadah sepanjang Januari hingga Ogos
lepas.
Sumber : BERNAMA