Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Siasatan Kes Dadah Membawa Kepada Penemuan Barangan Curi

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.19 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
Tawau, 20 Sept - Siasatan sepasukan polis terhadap dua lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit kes dadah membawa kepada penemuan pelbagai peralatan muzik dan elektronik disyaki barangan curi di se..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/siasatan-kes-dadah-membawa-kepada-penemuan-barangan-curi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:14 MYT

Tawau, 20 Sept - Siasatan sepasukan polis terhadap dua lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit kes dadah membawa kepada penemuan pelbagai peralatan muzik dan elektronik disyaki barangan curi di sebuah rumah di Tanjung Batu Laut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Keong Ho Eng berkata dalam Op Cegah Jenayah yang dijalankan pada 12 tengah hari Selasa lepas, polis menemui enam unit gitar elektrik, televisyen, pembesar suara, 'Apple Ipad' dan alat permainan 'Playstation 2'.

"Dalam operasi itu, kedua-dua suspek berumur 17 dan 27 tahun itu pada mulanya disoal siasat berhubung kes penyalahgunaan dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis percaya kesemua barangan berkenaan dicuri kerana kedua-dua suspek yang merupakan rakyat tempatan gagal memberikan bukti bahawa kesemua barangan itu milik mereka.

Keong berkata siasatan diteruskan dan polis meminta sesiapa yang kehilangan barangan seperti itu supaya tampil membuat pengecaman.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.19 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM