Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Penjenayah Ditahan Selepas Rempuh Wanita Polis Dan Kenderaan Awam

Published: 03 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dalam kejadian itu, kereta suspek turut melanggar seorang wanita, merempuh beberapa buah kenderaan awam dan cuba merempuh kesemua anggota yang cuba menahan mereka sehingga menyebabkan salah seorang anggota polis cedera.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-penjenayah-ditahan-selepas-rempuh-wanita-polis-dan-kenderaan-awam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:29 MYT

Kuala Lumpur, 3 Sept - Polis menahan tiga lelaki dipercayai penjenayah, termasuk seorang yang cedera akibat terkena tembakan setelah mereka cuba melarikan diri daripada ditahan polis dalam kejadian di bulatan Segambut, tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Dato' Zainuddin Ahmad berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, polis telah mengejar kereta jenis Proton dipandu suspek sejauh lima kilometer dan melepaskan tembakan apabila mereka enggan memberhentikan kenderaan.

"Dalam kejadian itu, kereta suspek turut melanggar seorang wanita, merempuh
beberapa buah kenderaan awam dan cuba merempuh kesemua anggota yang cuba menahan mereka sehingga menyebabkan salah seorang anggota polis cedera," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zainuddin berkata, kejadian itu bermula semasa empat anggota polis yang meronda dengan dua buah motosikal di belakang Balai Polis Chow Kit terserempak dengan kereta dinaiki tiga suspek itu dalam keadaan mencurigakan.

"Polis cuba menahan mereka sebaliknya mereka bertindak memecut laju kereta menyebabkan polis mengejar mereka melalui Jalan Raja Laut sebelum sekali lagi mengarahkan mereka memberhentikan kereta namun mereka sebaliknya terus memandu sehingga Bulatan Segambut.

Semasa mengejar suspek, polis melepaskan dua das tembakan di Jalan Raja Laut dan di Jalan Thamboosamy sebelum dapat menahan kesemua suspek di Bulatan Segambut dengan bantuan dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda.

Zainuddin berkata, tembakan itu mengenai seorang daripada suspek berumur 33 tahun yang merupakan pemandu kenderaan itu yang cedera di bahagian lengan kiri dan di bahagian atas mata akibat hentakan stering kereta.

"Hasil siasatan awal ke atas suspek itu mendapati dia memiliki dua rekod jenayah lampau atas kesalahan kes wang palsu dan penagihan dadah. Sementara itu, seorang lagi suspek berumur 30 tahun merupakan anggota tentera dengan status lari daripada tugas manakala seorang lagi suspek berumur 25 tahun dan turut mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Katanya dalam tangkapan itu, polis merampas gari yang ditemui dalam poket
seluar pemandu, alatan menghisap dadah serta sedikit dadah jenis syabu, wang palsu, mesin pencetak wang palsu dan wang kertas dipercayai palsu yang dipotong di dalam bonet kereta.

"Kereta dipandu suspek juga merupakan kereta sewa dan polis sedang memeriksa pemilik kenderaan terbabit," katanya.

Katanya, suspek yang ditembak tidak mengalami kecederaan serius manakala dua lagi suspek sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

- BERNAMA

ArticlePublished 03 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM