Alor Gajah - Kakitangan syarikat swasta dan penganggur antara 41 orang ditahan ketika menyertai parti liar membabitkan pengambilan dadah di dua vila di pusat peranginan di sini yang disewa pada malam sambutan Hari Kebangsaan, Isnin lalu.
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 11 peserta lelaki dan empat wanita didapati berada di bawah pengaruh dadah.
Dalam serbuan jam 2 pagi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Alor Gajah, sebahagian peserta parti itu didapati berhibur dalam keadaan khayal.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, peserta membabitkan 31 lelaki dan 10 wanita berusia 19 hingga 31 tahun itu berasal dari negeri ini, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur sebelum bertemu di vila berkenaan untuk berpesta selepas menerima jemputan melalui aplikasi WeChat dan WhatsApp.
Sumber: Harian Metro
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Parti Liar Di Dua Vila Diserbu
Kakitangan syarikat swasta dan penganggur antara 41 orang ditahan ketika menyertai parti liar membabitkan pengambilan dadah di dua vila di pusat peranginan di sini yang disewa pada malam sambutan Hari Kebangsaan, Isnin lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/parti-liar-di-dua-vila-diserbu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.