Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berjaya Tangkap Lelaki Kes Baling Besi

Diterbitkan: 03 Sep 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan 25 kes melempar kepingan besi ke arah mangsa sehingga menimbulkan trauma dan keresahan di tiga kawasan perumahan di Johor Bahru Utara dekat sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berjaya-tangkap-lelaki-kes-baling-besi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:47 MYT

Johor Bahru, 3 Sept - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan 25 kes melempar kepingan besi ke arah mangsa sehingga menimbulkan trauma dan keresahan di tiga kawasan perumahan di Johor Bahru Utara dekat sini.

Ketua Polis Johor, Dato' Rusli Ahmad berkata, polis menahan suspek berusia 39 tahun itu ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan kira-kira 9 malam di Jalan Dedap, di sini dua hari lepas.

"Siasatan awal mendapati suspek termasuk dalam senarai orang dikehendaki polis kerana terlibat dengan kes bunuh di Jinjang, Kuala Lumpur tahun lepas.

"Suspek dipercayai terlibat dengan 25 kes lempar besi di kawasan Taman Johor Jaya, Taman Desa Cemerlang dan Taman Ungku Tun Aminah di sini sejak April," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Menurut beliau, di peringkat awal suspek hanya membaling cecair thinner untuk menyerang mangsa tetapi kemudiannya batu, botol, kaca, dan terkini menggunakan kepingan besi.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati ciri fizikal suspek dan motosikal digunakan menyamai imej individu yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (cctv) dalam satu kejadian kes lempar kepingan besi pada bulan lepas.

"Pemeriksaan di rumah sewa suspek turut menjumpai empat keping besi yang menyamai besi yang digunakan untuk mencederakan mangsa sebelum ini," katanya.

Rusli berkata, kesemua mangsa yang terlibat telah dipanggil untuk membuat pengecaman suspek dan barang kes.

Beliau berkata, suspek yang mengaku melakukan kesalahan itu, mendakwa berbuat demikian kerana mendengar suara yang menyuruhnya mencederakan mangsa.

Rusli berkata, suspek kini direman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripadanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 03 Sep 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM