Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Ahli Geng 36 Dicekup Bersama Dadah

Published: 18 Jun 2014 2.17 AM Updated: 15 Aug 2026 7.40 PM
Shah Alam, 11 Oktober - Tiga ahli geng 36 dicekup dalam satu serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di tempat letak kereta sebuah hospital s..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-ahli-geng-36-dicekup-bersama-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:23 MYT

Shah Alam, 11 Oktober - Tiga ahli geng 36 dicekup dalam satu serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di tempat letak kereta sebuah hospital semalam.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah merampas lima bungkusan dadah jenis heroin yang dibalut dengan surat khabar dan sebilah parang.

Ujian saringan awal air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Opiate. Kesemua suspek berumur lingkungan 22 hingga 34 tahun dan semakan terhadap rekod lampau mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai 10 rekod jenayah.

Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama 7 hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang sehingga Khamis ini dan disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan hukuman mandatori gantung sampai mati.

Pihak polis menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dadah di kawasan tempat tinggal diminta untuk menyalurkan maklumat tersebut ke balai polis berdekatan.

Tiga Ahli Geng 36 Dicekup Bersama Dadah

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.17 AMUpdated 15 Aug 2026 7.40 PM