Tiga
penjenayah tumpas selepas berbalas tembakan dengan pasukan polis
manakala seorang lagi sempat meloloskan diri ke dalam kawasan ladang
kelapa sawit berhampiran. Kesemua penjenayah berkenaan sebelum itu telah
merompak kedai emas di Bandar Meru Raya.
Bertindak
atas maklumat sebuah pasukan Op Cantas Khas yang beroperasi di kawasan
itu Berjaya mengesan kereta jenis Proton Waja dinaiki penjenayah
berkenaan tidak jauh dari tempat kejadian. Setakat ini polis belum
mengenal pasti identiti kesemua penjenayah berkenaan kerana tiada
dokumen pengenalan ditemui pada mereka. Kes ini disiasat mengikut
Seksyen 3 dan 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen
307 Kanun Keseksaan.

Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Tiga Penjenayah Mati Ditembak
Tiga penjenayah tumpas selepas berbalas tembakan dengan pasukan polis manakala seorang lagi sempat meloloskan diri ke dalam kawasan ladang kelapa sawit berhampiran. Kesemua penjenayah berkenaan sebelu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-penjenayah-mati-ditembak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.