Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gadis Dan Wanita Antara Tujuh Dicekup Dalam Operasi Antinark

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.17 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.40 PM
Labuan, 11 Okt - Gadis dan wanita antara tujuh orang yang dicekup kerana memiliki dadah dalam operasi antinarkotik yang dijalankan di sini semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gadis-dan-wanita-antara-tujuh-dicekup-dalam-operasi-antinark
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:34 MYT

Labuan, 11 Okt - Gadis dan wanita antara tujuh orang yang dicekup kerana memiliki dadah dalam operasi antinarkotik yang dijalankan di sini semalam.

Mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun itu ditahan dalam satu serbuan polis di sebuah hotel kira-kira 5 petang.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata dalam serbuan itu polis merampas bahan seperti kristal disyaki syabu seberat 5.01 gram.

"Sebelum serbuan itu, pasukan narkotik menahan tiga lelaki, dengan 1.3 gram syabu yang dimasukkan ke dalam dua penyedut minuman, di hadapan sebuah hotel, yang membawa kepada serbuan di hotel terbabit," katanya.

Kesemua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 39 A (1), Seksyen 12 (2) dan 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.17 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.40 PM