Artikel
Tidak Serik Lagi Wanita Tempatan Menjadi Keldai Dadah
Dijanjikan dengan bayaran yang cukup lumayan, memadai untuk merisikokan diri mereka untuk terlibat dalam sindiket pengedaran dadah ke luar negara...
Bukit Aman, 8 Feb 2012 - Dijanjikan
dengan bayaran yang cukup lumayan, memadai untuk merisikokan diri
mereka untuk terus diperdaya dan dijadikan keldai dadah ke pasaran
dadah luar negara.
Dalam sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Dewan Threatrette, Menara 1, Bukit Aman pada hari ini, tahun 2011 menyaksikan seramai 76 rakyat Malaysia, 49 daripadanya adalah wanita tempatan yang ditangkap atas kesalahan menjadi keldai dadah di negara ini.
Sindiket ini turut didalangi oleh rakyat warga negara asing dari Afrika yang menggunakan khidmat wanita tempatan untuk merekrut wanita tempatan lain yang sanggup menjadi kurier bekalan dadah ini ke luar negara.
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN memaklumkan, pihak polis telah menangkap seorang lelaki warga Nigeria bersama seorang lelaki warga Guinea dan seorang wanita tempatan berumur 24-42 tahun di sebuah kediaman di Taman Orkid, Cheras, Selangor.
Dalam serbuan tersebut, sejumlah 2.8 kg dadah syabu yang disembunyikan dalam beberapa batang silinder piston telah berjaya dirampas.
Kejayaan ini juga membongkar sindiket dadah warga negara Afrika yang didalangi warga negara Nigeria dalam memikat wanita tempatan menjadi ahli sindiket mereka dengan tujuan memudahkan pengrekrutan kurier dadah upahan tempatan terutamanya wanita bagi menjalankan aktiviti penyeludupan dadah ke luar negara.
Dalam kes yang berasingan, JSJN Bukit Aman dan JSJN Johor telah bertindak atas maklumat yang disalurkan pihak Central Narcotics Bureau Singapura berkenaan seorang warga negara Singapura yang bersembunyi di Johor dan dikehendaki kerana satu kesalahan dadah.
Suspek yang turut memilki beberapa kesalahan lampau seperti pecah rumah, cabul, bergaduh dan mengedar dadah ini telah berjaya dikesan dan ditangkap pada 31 Januari lalu bersama seorang wanita tempatan dan seorang wanita Filipina di Taman Austin Perdana, Johor Bharu di mana sejumlah 1,000 biji pil Eramin 5 telah turut dirampas.
Ketiga-tiga mereka yang berusia antara 30-49 tahun ini sedang disiasat di bawah seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Nilai rampasan dadah bagi kedua-dua kes dianggarkan berjumlah RM 680,000 dan kejayaan-kejayaan PDRM ini adalah hasil daripada maklumat orang ramai serta kerjasama erat dengan agensi penguatkuasa dadah luar negara seperti Central Narcotics Bureau Singapura.
Sidang media pada hari ini turut dihadiri Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.

YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik semasa sidang media

Antara wakil-wakil media yang hadir pagi ini

Antara dadah jenis syabu yang dirampas bersama 'piston' bagi mengaburi mata pihak berkuasa

YDH Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman bersama Pegawai Penyiasat, menunjukkan kedudukan asal dadah untuk diseludup.
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang