Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012

Diterbitkan: 11 Jun 2014 9.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 10 Februari 2012 - Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman, majlis telah diserikan dengan perarakan pelbagai jabatan dalam PDRM dengan bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jabatan-pengurusan-kekal-sandang-juara-perarakan-maulidur-rasul-peringkat-bukit-aman-tahun-2012
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:57 MYT

Bukit Aman, 10 Februari 2012 - Acara penting sempena meraikan kelahiran Rasulullah S.A.W di Bukit Aman pada hari ini telah diisi dengan perarakan jabatan-jabatan dalam PDRM yang bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"  dan menyaksikan Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah berjaya merangkul tempat pertama dan johan keseluruhan sekaligus mengulangi kejayaan yang telah diperolehi pada tahun 2011.

Perarakan yang bermula dari Dataran Kawad, Bangunan 4 Tingkat menuju ke Masjid Bukit Aman pagi ini turut menyaksikan Cawangan Khas sebagai Naib Johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA).

Perarakan Maulidur Rasul ini bermula seawal 7.30 pagi dengan dihadiri YDH Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara bersama YDH Dato'-Dato' Pengarah  PDRM, Pegawai-pegawai Kanan, anggota dan pegawai awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sebanyak 9 jabatan dalam PDRM telah menyertai perarakan ini iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Pengurusan, Jabatan Logistik, Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi / Counter Terrorism), Urus Setia KPN, Cawangan Khas dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA).

Perarakan pagi ini didahului oleh rombongan YDH Ketua Polis Negara dengan bacaan selawat yang dipimpin oleh Y.Bhg Fadhilatu Sheikh Haji Hassan Al-Fadhli bin Abdul Rahman Al-Hafiz, Ketua Imam Masjid Bukit Aman. Majilis diteruskan dengan jamuan minum pagi dan diselangi dengan Ceramah Khas Sempena Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman oleh Y.Bhg Ustaz Badli Shah bin Alauddin, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang yang bertajuk "Konsep Wasatiyyah Keperibadian Rasulullah S.A.W menjana Integriti Warga PDRM".

Sambutan Maulidur Rasul ini diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah yang disampaikan oleh YDH Ketua Polis Negara kepada jabatan-jabatan yang telah memenangi kategori masing-masing.

Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di pentas.
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
Acara perarakan didahului VIP/Urus Setia KPN.
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
Perarakan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
Jabatan Cawangan Khas Bukit Aman.
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
Jabatan KDN/KA Bukit Aman.
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
Jabatan Logistik Bukit Aman.
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Caunter Terrorism).
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyambut ketibaan penceramah.
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012

Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
Y.Bhg. Al-Fadhil Ustaz Badli Shah bin Alauddin, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang.
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
Antara tetamu yang hadir.
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
Pemenang tempat ketiga, Jabatan KDN/KA Bukit Aman.
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
Naib Johan, Jabatan Cawangan Khas Bukit Aman.
Jabatan Pengurusan Kekal Sandang Juara Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman Tahun 2012
Johan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Wartawan & Jurufoto : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 9.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM