Ketua Polis Negara Melawat Martek Pdrm Di Batu Caves
Batu Caves, Selangor - 7 Februari 2012.
"Jalankan tugas dengan amanah, dedikasi dan berdisiplin ketika berhubung
dengan ribuan orang ramai yang membanjiri Batu Caves ini,
termasuk pelancong-pelancong asing yang turut serta melawat untuk
menyaksikan keunikan sambutan Hari Thaipusam di Malaysia" kata
perangsang oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara kepada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang bertugas
sempena Hari Thaipusam di MARTEK PDRM, Batu Caves, pagi tadi.
"Harapan
saya agar kehadiran dan nilai-nilai positif yang ada pada diri setiap
pegawai dan anggota akan menunjukkan ikatan perpaduan antara masyarakat
yang berbilang kaum di negara ini dan menyumbang kepada kesejahteraan
dan keharmonian hidup antara kaum yang akan terus menjadi keutamaan
setiap rakyat Malaysia dan menambahkan kepercayaan masyarakat kepada
Polis Diraja Malaysia", tambah beliau lagi.
Turut mengadakan
kunjungan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves ialah YAB
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
bersama YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam
Negeri.
Seramai lebih kurang 700 pegawai dan anggota Polis Diraja
Malaysia telah bertugas mengikut syif, bagi mengawal lalu lintas serta
penugasan keselamatan dan ketenteraman awam, menyambut kehadiran lebih
kurang 1.6 juta penganut agama Hindu serta pelancong yang membanjiri
Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves.
Pondok Polis Bergerak telah
ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi memudahkan orang awam untuk
membuat laporan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti
kes ragut, kecurian dan sebagainya.
Sempena Hari Thaipusam ini
juga, warga PDRM Lembah Kelang yang beragama Hindu telah menjayakan
program 'Thaneer Panthal', iaitu memberi minuman percuma kepada orang
ramai yang hadir semasa perayaan tersebut. 'Thanner Panthal' yang telah
dimulakan sejak tahun 1992 ini akan berlangsung selama dua hari, bermula
semalam dan akan tamat sehingga lewat malam nanti.
Ibu Pejabat
Polis Daerah Cheras telah diamanahkan untuk menjayakan program
tersebut dan sumbangan ikhlas diterima daripada Pegawai, Anggota,
Pegawai Awam PDRM yang bertugas di Lembah Kelang, Bukit Aman dan juga
sumbangan dari masyarakat setempat.
Seramai 100 orang Pegawai dan
Anggota serta Pegawai Awam beragama Hindu dan masyarakat setempat telah
bersama-sama menyediakan sebanyak 2,500 liter air kordial yang boleh
menyajikan sebanyak 150,000 gelas untuk diberikan secara percuma kepada
pengunjung yang hadir di Batu Caves ini. Disamping itu, program 'Thanner
Panthal' ini juga berkonsepkan 'Community Policing' dengan
petugas-petugas mengedarkan risalah-risalah pencegahan jenayah dan juga
berinteraksi dengan masyarakat.

Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves mengamit 1.6 juta pengunjung sempena Sambutan Hari Thaipusam

Ketibaan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara ke MARTEK PDRM, Batu Caves

Taklimat disampaikan oleh YDH ACP Abd Rahim bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Gombak

YDH
DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor
juga turut memberikan taklimat ringkas kepada YDH Ketua Polis Negara

YDH Ketua Polis Negara menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota yang bertugas untuk Sambutan Hari Thaipusam

YDH Ketua Polis Negara turun padang melihat Sambutan Hari Thaipusam

Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, diiringi oleh YDH Ketua Polis Negara

Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri...

YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri melawat MARTEK PDRM

Bergambar kenangan bersama petugas-petugas Sambutan Hari Thaipusam
Gambar-gambar sekitar Hari Thaipusam





Pegawai,
Anggota dan Pegawai Awam PDRM berkumpul dihadapan ''Thaneer Panthal'
PDRM untuk upacara 'Sembahyang Khas' menuju ke tempat sembahyang 'Dewa
Sri Murugan', di ketuai oleh YDH ACP Mohan Singh a/l Tara Singh, Ketua
Polis Daerah Cheras.
Upacara Sembahyang Khas Pegawai, Anggota dan Pegawai Awam PDRM pada 6 Februari 2012







YDH SAC Dato' Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor bersama AJK 'Thaneer Panthal PDRM 2012

Bersama-sama
membancuh air kordial untuk 'Thaneer Panthal', diberikan secara percuma
kepada pengunjung bermula pada 6 Februari 2012 hingga lewat malam 7
Februari 2012.
Thaneer Panthal PDRM 2012












Penugasan Pegawai dan anggota PDRM sempena Hari Thaipusam di Batu Caves





Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan, L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman dan Konst Muhammad Iqtar bin Azmi