Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Teras Penguatkuasaan Sepenuhnya Ganti Teras Bimbingan Dan Nasihat Pada Ops Sikap Akan Datang

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Faktor ini menunjukkan bahawa elemen advocacy, iaitu nasihat dan bimbingan kepada pengguna jalan raya sahaja tidak akan berkesan jika pengguna jalan raya tidak mengubah sikap semasa berada di jalan r..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/teras-penguatkuasaan-sepenuhnya-ganti-teras-bimbingan-dan-nasihat-pada-ops-sikap-akan-datang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:18 MYT
Johor - 4 September 2011

Kehadiran YDH DIG Dato' Sri Khalid b. Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara pagi ini di Rehat Dan Rawat Pagoh (arah utara), Muar, Johor, jelas memperlihatkan keperihatinan beliau terhadap petugas-petugas OPS Sikap yang telah berkorban menjalankan tugas mereka.

Sempena lawatan kerja YDH Timbalan Ketua Polis Negara ke Lapangan OPS Sikap-24 dan Kempen Rumah Selamat dihadiri oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), YDH DCP Dato' Mokhtar bin Mohd Shariff, Ketua Polis Johor, YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Y.Bhg Dato' Noorizah Haji Bbdul Hamid, Pengarah Urusan PLUS Expressway Berhad, Y.Bhg Encik Tajul Azwa Bani Hashim, Ketua Pegawai Operasi PLUS Expressway Berhad, Y. Setia Kolonel (Pertahanan Awam) Tuan Ghazali bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor, YDH ACP Tuan Haji Mohammad Nasir bin Ramli, Ketua Polis Daerah Muar, Wakil-wakil Agensi Kerajaan, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM, Pegawai-Pegawai PLUS, Petugas-Petugas OPS Sikap, Dif-dif Jemputan, Anggota Polis dan Wakil-Wakil Media.

"Sememangnya kehadiran YDH Timbalan Ketua Polis Negara memberi inspirasi, semangat dan dorongan kepada kami semua untuk sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat. Walaupun terpaksa berkorban demi tugas di musim perayaan bagi memastikan pengguna jalan raya merasa selesa dan selamat ke destinasi masing-masing", Ujar YDH Ketua Trafik Pasukan dalam ucapan pembukaan pagi ini.

OPS Sikap ke-24 dan Kempen Rumah Selamat telah bermula pada 23 Ogos 2011 dan akan berakhir pada 6 September 2011. Hakikatnya, sepanjang operasi ini dijalankan, masih berlakunya kemalangan maut yang mengorbankan pengguna jalan raya.

Sehingga 3 September 2011, iaitu dalam tempoh 12 hari, statistik OPS Sikap ke-24 mencatatkan sejumlah 15, 876 kes kemalangan yang mana 207 kes adalah kemalangan maut yang melibatkan sejumlah 228 kematian. Daripada angka statistik tersebut, pengguna motosikal mencatatkan kadar kematian tertinggi iaitu 142 orang bersamaan dengan 62.3 peratus daripada jumlah kematian. Kebanyakan kemalangan yang direkodkan adalah berlaku di Jalan Bandaran dan Jalan Persekutuan. Kemalangan Maut tertinggi berlaku di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri.

Hasil tindakan penguatkuasaan mencatatkan sejumlah 104, 474 saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di seluruh malaysia sepanjang OPS Sikap ke-24, sehingga kini.

"Faktor ini menunjukkan bahawa elemen advocacy, iaitu nasihat dan bimbingan kepada pengguna jalan raya sahaja tidak akan berkesan jika pengguna jalan raya tidak mengubah sikap semasa berada di jalan raya. Saya akan berbincang dengan pegawai-pegawai saya agar OPS Sikap yang akan datang berbalik kepada teras Penguatkuasaan Sepenuhnya undang-undang dan peruntukan lalu lintas. Kerana penguatkuasaan sajalah yang boleh mengubah sikap pengguna jalan raya", tegas YDH Timbalan Ketua Polis Negara di dalam ucapan.

YDH Timbalan Ketua Polis Negara, dalam ucapan beliau turut melahirkan rasa dukacita di atas sikap segelintir penunggang dan pembonceng motosikal di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri yang tidak memakai topi keledar, meluru apabila keluar dari simpang, berlumba sesama rakan, membonceng rakan sebaya malah ada di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berani menunggang motosikal tanpa pengawasan daripada ibu bapa.

OPS Sikap ke-24 dan Kempen Rumah selamat yang masih berbaki 2 hari akan dipertingkatkan lagi oleh PDRM malahan penugasan seperti kehadiran polis  (Omnipresence)   melalui Konsep Ronda Dan Statik  di lokasi-lokasi dikenalpasti, iaitu 40 lokasi lebuhraya dan 160 lokasi Jalan Persekutuan, akan terus dipergiat.

"Oleh yang demikian, pesanan saya kepada semua pengguna jalan raya yang memandu, khususnya kepada mereka yang akan kembali semula bertugas setelah bercuti, memandulah dalam keadaan yang cermat dan patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan supaya kemalangan dapat dielakkan. Bertolak-ansurlah dengan pengguna jalan raya yang lain. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak PLUS  Expressway  Berhad kerana memperkenalkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory - TTA) di kalangan pengguna lebuh raya. Bagi pihak Polis Diraja Malaysia, penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada PLUS yang membantu dari awal hingga akhir setiap kali OPS Sikap, termasuk juga Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Unit Kesihatan serta lain-lain agensi", YDH Timbalan Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan beliau.

Teras Penguatkuasaan Sepenuhnya Ganti Teras Bimbingan Dan Nasihat Pada Ops Sikap Akan Datang
YDH Ketua Trafik Pasukan melihat statik OPS Sikap ke-24

Teras Penguatkuasaan Sepenuhnya Ganti Teras Bimbingan Dan Nasihat Pada Ops Sikap Akan Datang
Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Teras Penguatkuasaan Sepenuhnya Ganti Teras Bimbingan Dan Nasihat Pada Ops Sikap Akan Datang
Antara yang hadir

Teras Penguatkuasaan Sepenuhnya Ganti Teras Bimbingan Dan Nasihat Pada Ops Sikap Akan Datang
Turut hadir, dari kiri... YDH SAC Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Khas (PGK), YDH SAC Dato' Roslan bin Ahmad, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM), YDH SAC Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am dan YDH ACP Tuan Haji Mohammad Nasir bin Ramli, Ketua Polis Daerah Muar

Teras Penguatkuasaan Sepenuhnya Ganti Teras Bimbingan Dan Nasihat Pada Ops Sikap Akan Datang
Majlis dimulakan dengan bacaan doa

Teras Penguatkuasaan Sepenuhnya Ganti Teras Bimbingan Dan Nasihat Pada Ops Sikap Akan Datang
Ucapan YDH Ketua Trafik Pasukan

Teras Penguatkuasaan Sepenuhnya Ganti Teras Bimbingan Dan Nasihat Pada Ops Sikap Akan Datang
Ucapan YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Penyampaian Beg Goddies Kepada Response Team Unit
Teras Penguatkuasaan Sepenuhnya Ganti Teras Bimbingan Dan Nasihat Pada Ops Sikap Akan Datang

Teras Penguatkuasaan Sepenuhnya Ganti Teras Bimbingan Dan Nasihat Pada Ops Sikap Akan Datang

Teras Penguatkuasaan Sepenuhnya Ganti Teras Bimbingan Dan Nasihat Pada Ops Sikap Akan Datang

Teras Penguatkuasaan Sepenuhnya Ganti Teras Bimbingan Dan Nasihat Pada Ops Sikap Akan Datang

Penyampaian Beg Goddies Kepada Pengunjung Sekitar R&R Pagoh

Sidang media

Menandatangani Buku Pelawat

Menjamu selera bersama petugas-petugas OPS Sikap

Teras Penguatkuasaan Sepenuhnya Ganti Teras Bimbingan Dan Nasihat Pada Ops Sikap Akan Datang
YDH Timbalan Ketua Polis Negara bergambar kenangan bersama Pegawai-Pegawai PLUS Expressway Berhad

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : ASP Foo Chek Seng
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM