Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH CP Hajah Dato' Robiah binti Abdul Ghani merupakan nama yang tidak asing di kalangan polis wanita. Nama beliau turut melakar sejarah sebagai Pengarah wanita pertama di dalam Jabatan PDRM...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berundurnya-penjana-motivasi-utama-kalangan-polis-wanita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:46 MYT

Kuala Lumpur - 01 September 2011

YDH CP Dato' Hajah Robiah binti Abdul Ghani merupakan nama yang tidak asing di kalangan polis wanita. Nama beliau turut melakar sejarah sebagai Pengarah wanita pertama di dalam Jabatan PDRM.

Ibarat patah tumbuh, hilang berganti, apabila tiba masanya, muka-muka lama akan berundur untuk memberikan ruang kepada muka-muka baru dalam menggalas dan meneruskan tanggungjawab serta kepercayaan masyarakat terhadap PDRM. Tanggal 01 September 2011, tersemat dalam lipatan sejarah pasukan PDRM dengan berlangsungnya upacara Paluan Berundur Sempena Persaraan YDH CP Dato' Hajjah Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM bersama suami, Y.Bhg Dato' Ibrahim bin Manas, di Dataran Kawad Pulapol Kuala Lumpur, petang ini.

Turut hadir majlis petang ini adalah YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri Y.Bhg Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri Y.Bhg Datin Sri Imran binti Ibrahim, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), YDH CP Dato' Mohd Fuzi bin Harun, Pengarah Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Terrorism), YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH SAC Zulkifli Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Polis, YDH Ketua-Ketua Jabatan Polis Negeri, YDH Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Dif-dif Jemputan, Anggota-anggota Polis dan Wakil-wakil media.

Majlis Paluan Berundur dimulakan dengan lakonan sketsa singkat diiringi bacaan biodata YDH CP Dato' Hajjah Robiah binti Abdul Ghani oleh C/Insp. Mazratul Akmar Ahamed Sabki, Pengacara Majlis. Menyusul seterusnya, persembahan Band dengan rangkaian lagu-lagu A. Ramlee dan Quando-Quando. Sementara Pancaragam PDRM membawa irama Granada/Spanish Gipsy Dance serta Bagpipe membawa irama Stilly Night, When The Saint, Suriram, O' Danny, Kish Jig, Rocking Baby, Lord Od D'ance dan Liberton,  di bawah pimpinan YDH Supt. Alina binti Saad, Ketua Pengarah Muzik PDRM.

Mengisi slot upacara sehingga kemuncaknya apabila YDH CP Hajah Dato' Robiah binti Abdul Ghani menjadi konduktor beberapa buah lagu.

Majlis ditambah lagi dengan bacaan sajak bertajuk 'Permata Polis Diraja Malaysia' yang dideklamasikan oleh DSP Rose Baini binti Kasim.

YDH CP Dato' Hajjah Robiah binti Abdul Ghani bersalaman dengan hadirin yang hadir dan ditarik dengan kenderaan istiadat oleh Pegawai-pegawai Kanan sehingga ke pintu Balai Pengawal sebagai tanda penghormatan terakhir sebelum menandatangani Buku Pelawat buat kali terakhir.

Biodata YDH CP Hajah Dato' Robiah binti Abdul Ghani

 
  • Dilahirkan pada 02 September 1953 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Memulakan kerjaya dalam pasukan polis sebagai Inspektor percubaan pada 15 Disember 1957. Menjalani latihan asas Kepolisan selama sembilan bulan di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Kubu Bharu, Selangor. Menamatkan latihan asas pada 30 September 1972.

  • Bermula memegang jawatan sebagai Inspektor Penjaga Rekod Jenayah di IPK Perak. Pada 20 Oktober 1972, beliau ditugaskan sebagai Pegawai Penyiasat Pencegah Maksiat dan Perjudian.

  • Memiliki semangat muda membara, beliau menerima tawaran menjawat jawatan Platun Komander Wanita Pasukan Polis Hutan (PPH), turut mencatat sejarah pertama sebagai Platun Komander Wanita pertama pada 1 Julai 1974 hingga 14 April 1981.

  • 15 April 1981, beliau ditukarkan ke Bukit Aman dana bertugas sebagai ASP Kebajikan, Bukit Aman. 23 Julai 1988, beliau menjawat jawatan Unit Pengambilan sebagai ASP Pengambilan. 23 Julai 1988, beliau dinaikkan pangkat ke DSP dan 11 Ogos 1992, beliau menjawat jawatan DSP Pengambilan.

  • 2 November 1992, beliau ditukarkan ke Cawangan Anti Dadah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sebagai DSP Pentadbiran. 10 November 1993, beliau dinaikkan pangkat ke Superintenden.

  • 2 Mei 1994 hingga 24 April 1995, beliau menghadiri kursus Diploma Sains Kepolisan di Maktab PDRM, Kuala Kubu Bharu, Selangor. 16 Mei 1995, beliau ditukarkan ke Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, bertugas sebagai Penolong Pengarah (D6). 6 Disember 1999, beliau dinakkkan pangkat ke Asisten Komisioner Polis (ACP) dan bertugas sebagai Penolong Pengarah Siasatan Khas JSJ.

  • 16 Mei 2001, beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah Pengurusan (HEA), Jabatan Pengurusan. Komitmen kerja yang tinggi, beliau berjaya menapak ke peringkat yang lebih tinggi. 25 Februari 2005, beliau dilantik ke pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) dan bertugas sebagai Timbalan Ketua Urusetia Komisioner II (SAC II) dan menjawat jawatan Timbalan Ketua Urusetia KPN (Tatatertib) Bukit Aman. Perlantikan beliau turut melakar sejarah pertama sebagai pegawai polis wanita yang dilantik ke jawatan tersebut.

  • 1 November 2006, beliau telah dinaikkan pangkat ke SAC I dan menjawat jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran).


    Selamat bersara daripada seluruh warga Polis DiRaja Malaysia!

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita
Antara ahli keluarga YDH CP Dato' Hajah Robiah binti Abdul Ghani yang hadir

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita
Ketibaan YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita
Ketibaan YDH Pengarah Jabatan Logistik

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita
Ketibaan YDH Pengarah Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Terrorism)

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita
YDH Timbalan Ketua Polis Negara membalas Hormat Panglima dari Kawalan Kehormatan

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita
YDH Ketua Polis Negara membalas Hormat Panglima daripada Kawalan Kehormatan

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita
Ketibaan YDH CP Dato' Hajah Robiah binti Abdul Ghani diiringi oleh YDH Ketua Polis Negara

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita
Bacaan biodata diringi lakonan sketsa dan alunan muzik

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita
Antara yang hadir

Persembahan Pancaragam Polis Diraja Malaysia
Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita
YDH CP Dato' Hajjah Robiah binti Abdul Ghani memimpin pancaragam PDRM

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita
Kemuncak persembahan.. Lintas Hormat dua buah Helikopter diketuai juruterbang DSP Mohd Shukor bin Abdul Razak, ASP Nuzrin Shah bin Abdul, Asp Yuen Khum Khoon dan C/Insp Devindren a/l Gopal

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita

Berundurnya Penjana Motivasi Utama Kalangan Polis Wanita


Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan Konst. Santher Kumar A/L Sehgar

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM