Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Di dalam menekankan keselesaan menjalankan tugas, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM telah 'turun padang' di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, petang ini. Lawatan ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penambahbaikan-perkhidmatan-pdrm-melalui-sokongan-peralatan-dan-kelengkapan-berteraskan-guna-semula
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:09 MYT

Kuala Lumpur - 7 September 2011

Di dalam menekankan keselesaan menjalankan tugas, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM telah 'turun padang' di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, petang ini. Lawatan Kerja ini jelas menunjukkan keperihatinan beliau, memastikan sendiri keadaan peralatan, pakaian dan kelengkapan anggota-anggota bawahan ketika menjalankan tugas harian.

Turut hadir adalah YDH DCP Dato' Zubaidah binti Md. Ismail, Timbalan Pengarah I Jabatan Logistik, YDH SAC Dato' Aidi bin Ismail, Timbalan Pengarah II Jabatan Logistik, YDH DCP Dato' Mohamad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Amar Singh S/O Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Pegawai-pegawai Kanan Polis, anggota dan rakan media.

Barangan yang  tidak begitu selesa dan tidak sesuai digunakan semasa berkerja merupakan antara masalah yang dihadapi oleh anggota PDRM sebagai penentu imej polis. Di samping itu juga, PDRM turut mengambil berat dan menghormati seruan kerajaan pada hari ini, di dalam usaha untuk  mengurangkan bahan buangan dan mengurangkan penggunaan bahan mentah baru. Sebagai contoh adalah kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru.

"Sepertimana dalam perancangan untuk menambahbaik perkhidmatan PDRM melalui sokongan peralatan dan kelengkapan logistik adalah penting. Faktor Outcome-Base Budgeting haruslah dititikberatkan bagi memperolehi ekspektasi nilai ( Expected Value ) yang akan dicapai daripada perolehan itu kelak sementara dapat memberikan pulangan kepada kerajaan", ujar YDH Pengarah Jabatan Logistik dalam ucapan.

Sempena Lawatan Kerja ini juga, YDH Dato' Pengarah Logistik juga telah membuat pemeriksaan pakaian tugas serta kelengkapan bagi anggota Tugas Am, Trafik, LSAF dan juga Cawangan Pengangkutan serta Unit Bom. Tujuan majlis ini di adakan adalah untuk mengenal pasti kekurangan dan permasalahan pakaian tugas dan kelengkapan tugas yang dibekalkan bagi meningkatkan mutu kualiti material yang dibekalkan oleh Polis Diraja Malaysia.

Seramai 12 orang anggota telah memperagakan pakaian tugas dan kelengkapan yang dibekalkan dan majlis di akhiri dengan sesi dialog dan Sidang Media.

Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
Ketibaan YDH Pengarah Jabatan Logistik, disambut oleh YDH Ketua Polis Kuala Lumpur

Upacara pemeriksaan pakaian dan kelengkapan tugas anggota
Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula

Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
YDH Pengarah Jabatan Logistik menyampaikan ucapan ringkas...

Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang turut hadir...

Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
Sesi dialog...

Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM menandatangani Buku Pelawat

Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
Sidang Media...

Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
Salah satu peralatan yang digunakan oleh anggota bertugas semasa membuat rondaan, Aplikasi pintar Mobile Card Acceptance Device (MCAD)

Penambahbaikan Perkhidmatan Pdrm Melalui Sokongan Peralatan Dan Kelengkapan Berteraskan Guna Semula
Rakan-rakan media yang hadir ...


Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto   : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM