Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tawar Pakej Istimewa Tarik Pelanggan

Published: 17 Jun 2014 1.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'LANGGAN 8 KALI, PERCUMA SATU'. Itu antara pakej yang ditawarkan premis pelacuran di Kepong Baru, Kuala Lumpur. Dengan menggunakan wanita warga asing sebagai pelaris, taktik itu dilihat berjaya mengum..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tawar-pakej-istimewa-tarik-pelanggan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:39 MYT
TAWAR PAKEJ ISTIMEWA TARIK PELANGGAN

"LANGGAN 8 KALI, PERCUMA SATU". Itu antara pakej yang ditawarkan premis pelacuran di Kepong Baru, Kuala Lumpur. Dengan menggunakan wanita warga asing sebagai pelaris, taktik itu dilihat berjaya mengumpan ramai pelanggan untuk ke premis berkenaan.

Walaubagaimanapun, polis yang menyamar sebagai pelanggan berjaya membongkar kegiatan tersebut, malam semalam. Dalam serbuan yang dilakukan, 9 wanita warga Thailand, 5 Filipina dan seorang warga China berusia lingkungan 20-an ditahan.

Serbuan yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap/Judi/ Maksiat D7, Bukit Aman turut mendapati ada di antara wanita asing tersebut yang menyalahgunakan pas lawatan sosial dan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri. Turut ditahan, dua penjaga premis.

Kesemua mereka dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut.

Sumber: Edisi 7, NTV7
ArticlePublished 17 Jun 2014 1.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM