Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Rogol Oku Warga Asing Dipenjara 10 Tahun 5 Sebatan

Diterbitkan: 17 Jun 2014 1.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang buruh binaan warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 10 penjara tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bharu selepas mengaku bersalah merogol seorang gadis terencat akal...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rogol-oku-warga-asing-dipenjara-10-tahun-5-sebatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:06 MYT
ROGOL OKU: WARGA ASING DIPENJARA 10 TAHUN, 5 SEBATAN

Seorang buruh binaan warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 10 penjara tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bharu selepas mengaku bersalah merogol seorang gadis terencat akal.

Riduan, 27 mengaku merogol mangsa yang berusia 15 tahun di rumah sewanya di Apartment Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor , 1 November lalu.

Tertuduh memaksa mangsa yang ketika itu sedang bermain di taman permainan kanak-kanak ke rumahnya, sebelum merogol mangsa. Tertuduh turut mengugut mahu membunuh mangsa jika kejadian itu dilaporkan. Mangsa kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada ibunya sebelum laporan polis dibuat pada hari yang sama.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan. 

Sumber: Berita TV9, TV9
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 1.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM